Rashford Dedahkan Alasan Menyayat Hati Di Sebalik Keraiannya: “Di Sahabat Saya Di Atas Sana”

Marcus Rashford mendedahkan mengapa dia menunjuk ke arah langit selepas gol pembukaannya menentang Wales dalam aksi ketiga peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2022.

Menjelang kejohanan itu, Rashford tidak pernah dilihat menyarung jersi England sejak kegagalannya menyempurnakan penalti pada final Euro 2020.

Dia dipanggil ke skuad Liga Negara-Negara Eropah pada Oktober, panggilan yang terakhir sebelum kejohanan, tetapi terpaksa menarik diri kerana kecederaan.

Bintang Manchester United itu mendapat panggilan semula selepas permulaan yang mengagumkan untuk kempen semasa bersama kelabnya dan dia meneruskan prestasi itu untuk pasukan Gareth Southgate.

Dia mengambil masa beberapa saat selepas dimasukkan dari bangkum simpanan untuk menjaringkan gol menentang Iran dalam perlawanan pembukaan England. Di mana Three Lions menang 6-2 ketika itu.

Pemain berusia 25 tahun itu kemudian mempamerkan aksi yang cukup mengkagumkan menentang AS, ketika masuk dari bangku simpanan, dalam permainan yang agak buruk untuk England secara keseluruhannya.

Prestasi tersebut membuatkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan utama menentang Wales.

Rashford pastinya membuktikan ia adalah keputusan yang tepat, dengan menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut. Gol pertama adalah menerusi sepakan percuma yang sangat cantik pada minit ke-50.

Dia meraikan gol itu dengan berlutut dan menunjukkan ke arah langit, tanda dia mendedikasikan gol itu kepada seseorang.

Selepas perlawanan, dia mendedahkan alasan menyayat hati keraiannya. Dia mendedikasikan golnya kepada rakan baiknya yang telah meninggal dunia beberapa hari sebelum perlawanan.

“Saya kehilangan salah seorang daripada rakan saya beberapa hari lalu. Dia melalui pertempuran yang agak lama dengan kanser,” kata penyerang England itu kepada pemberita selepas perlawanan.

“Saya gembira saya menjaringkan gol untuknya, dia penyokong sejati dan kawan baik saya [dalam senang dan ketika saya dalam kesulitan]. Dia adalah seseorang yang datang dalam hidup saya.”

Ia telah menjadi beberapa tahun yang sukar untuk penyerang itu, terutamanya sekali untuk pasukan kebangsaan, dengan kekalahan penalti vs Itali adalah detik sangat sukar untuk Rashford.

Dia antara pemain yang menerima ejekan perkauman di media sosial bersama sama dengan Bukayo Saka dan Jadon Sancho.

Kali terakhir Rashford bermula sebagai kesebelasan utama untuk skuad Southgate adalah ketika menentang Romania dalam perlawanan persahabatan pra kejohanan menjelang Euro pada 2020 yang diadakan pada 2021.

Namun dalam Euro, dia hanya menjadi pemain gantian.

Permulaannya dalam perlawanan kompetitif hanya hadir dalam perlawanan tertutup Liga Negara-Negara Eropah menentang  Denmark pada 2020, dengan Harry Maguire dan Reece James dibuang padang dalam perlawanan itu.

Perkara perkara itu membuatkan dia kehilangan keyakinan diri dan bergelut ketika di Manchester United. Penyokong United mulai tidak meyakininya. Dan ramai yang meminta kelab melepaskannya ke kelab lain.

Era baharu Erik Ten Hag memberikan sinar harapan baharu buat Rashford. Dia kembali memenangi hati penyokong United.

Baca yang lain