RASMI: Aguero Umum Gantung But Kerana Masalah Jantung

Bintang sensasi Argentina, Sergio Aguero terpaksa mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak pada usianya yang masih dikira muda.

Barcelona telah mengumumakn secara rasmi bahawa penyerang mereka, Sergio Aguero secara rasminya menggantung but beliau walaupun keberatan untuk melakukannya.

Aguero antara salah seorang penyerang terbaik dalam generasinya. Telah menjadi pencetak gol yang luar biasa tempoh 10 tahun kariernya.

Walaupun memulakan kariernya dengan Atletico, nama Aguero sangat signifikan dengan Manchester City, kerana beliau merupakan penyerang yang melengkapkan era baharu Manchester City di bawah pemilikan Arab.

Ketajaman Aguero memberikan kejayaan EPL pertama City di bawah pemilikan Sheikh Mansour. Detik AguerOOoooOOOO! memang akan sentiasa diingati selalu.

Aguero musim ini menyertai Barcelona secara percuma. Namun hasratnya untuk beraksi lebih lam bersama Barcelona tidak kesampaian.

Musim panas ini, Aguero mencuba nasib baharu dalam kariernya. Dia memutuskan untuk berpindah ke Barcelona untuk sekali lagi mencuba kerasnya La Liga.

Sebelum ini, dunia dikejutkan oleh insiden Aguero terpaksa dikeluarkan selepas 40 minit aksi antara Barcelona dan Alaves. Aguero mengalami sesak nafas. Dan kemudian disahkan ada masalah kadar degupan jantungnya.

Aguero dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad untuk dua malam.

Kemudian, Aguero diminta untuk berehat daripada aktiviti berintensiti tinggi seperti bermain bola sepak profesional selama 3 bulan.

Barca mengeluarkan kenyataan sehari selepas kejadian itu, mendedahkan bahawa Aguero sah akan diketepikan untuk beberapa bulan. Dan proses pemulihan dalam masa tiga bulan ini sangat penting untuk Aguero.

Doktor yang merawatnya, Dr. Josep Brugada dikatakan sudah memberikan laporan perubatan kepada Aguero. Dan beliau menyarankan agar Aguero bersara daripada bola sepak.

Namun doktor tidak menolak kemungkinan jantung Aguero mungkin boleh stabil semula. Ini selepas Christian Eriksen yang ketika ini menunjukkan tanda tanda yang sangat positif.

Jantung Eriksen dikatakan semakin kuat. Namun Serie A sudah memberikan larangan kepada Eriksen beraksi jika dia bergantung kepada alat bantuan jantung / Defibrilator – yang digunakan untuk mengecaj degupan jantung apabila berlaku masalah ataupun degupan tiba tiba melemah.

Inter Milan sudah menyatakan bahawa mereka mungkin terpaksa melepaskan Eriksen lebih awal daripada kontraknya.

Aguero sebenarnya dijangka akan menjadi penyerang pilihan utama Barca selepas menyertai perpindahan percuma dari Manchester City pada musim panas. Ini ditambah dengan pemergian Griezmann ke Atletico secara pinjaman dan ada klausa tetap.

Tetapi dia mengalami kecederaan betis sebelum dia bermain untuk kelab itu, membuatkan dia diketepikan untuk beberapa bulan pertama kempen.

Aguero kembali semula pada awal Oktober. Dia membuat lima penampilan, menjaringkan satu gol, sebelum terpaksa dikeluarkan selepas 40 minit bermain menentang Alaves sebelum dikeluarkan kerana masalah jantung.

Pengumuman persaraan Aguero baru sahaja dibuat. Dia berkata dia perlu mengutamakan kesihatannya, jadi dia terpaksa bersara.

“Kesihatan saya diutamakan. Kakitangan perubatan berkata pilihan terbaik ialah berhenti bermain bola sepak.”

“Jadi sekarang saya akan meninggalkan Barcelona dan bersara daripada bola sepak profesional,” katanya.

Sebagai pemain bola sepak, Aguero mempunyai rekod yang hebat. Beliau telah bermain sebanyak 802 perlawanan sepanjang kariernya.

Daripada 802 penampilan itu, dia berjaya mengumpul 436 gol.

Selamat bersara kepada Sergio Kun Aguero. Berehatlah dengan sepuasnya selepas karier yang sangat panjang. Dan mana tahu suatu hari nanti akan menjadi pengurus yang berjaya?

Ini kerana Pep Guardiola seringkali memuji kecerdasan Aguero ketika berfikir tentang taktikal di atas padang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di