RASMI: Cristiano Ronaldo, Manusia Pertama Bergelar Billionaire Dengan Bermain Bola Sepak

Dengan memecahkan banyak rekod dalam kariernya, Cristiano Ronaldo kini telah mencapai satu lagi pencapaian luar biasa sebagai pemain bola sepak.

Namun pencapaian ini adalah di luar padang, di mana beliau menjadi pemain bola sepak pertama yang bertaraf billionaire.

Superstar Juventus itu mengatasi seteru utamanya, Lionel Messi untuk merebut kembali tahta sebagai pemain dengan pendapatan tertinggi bola sepak.

Perkara itu diumumkan oleh Forbes pada minggu lalu. Ronaldo musim lalu berada di tangga kedua di belakang Messi untuk carta pemain bola sepak paling tinggi pendapatan.

Dari segi gaji, Messi adalah paling tinggi. Namun CR7 masih menjadi kuasa publisiti utama seorang pemain bola sepak. Membuatkan beliau menjadi pemain bola sepak dengan hak imej paling tinggi.

Bintang PSG, Neymar dan Kylian Mbappe masing masing di tangga ketiga dan kelima.

Pemain veteran, Andres Iniesta berada di tangga keenam, sementara bintang Arsenal, Mesut Ozil di tangga ke-7.

Seorang pemain Liga Super China berada dalam senarai iaitu Oscar yang berada di tangga ke-9.

Secara keseluruhannya, pemain tenis Switzerland, Roger Federer, menduduki tempat teratas dengan jumlah $106 juta yang diikuti oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di tempat kedua dan ketiga.

Berikut adalah 10 pemain bola sepak tertinggi Forbes:

1. Cristiano Ronaldo – $ 105 juta (keseluruhan ke-2)

2. Lionel Messi – $ 104 juta (keseluruhan ke-3)

3. Neymar – $ 95.5 juta (keseluruhan ke-4)

4. Mo Salah – $ 35.1 juta (keseluruhan ke-34)

5. Kylian Mbappe – $ 33.8 juta (keseluruhan ke-36)

6. Andreas Iniesta – $ 29.6 juta (keseluruhan ke-46)

7. Mesut Ozil – $ 28.7 juta (keseluruhan ke-49)

8. Paul Pogba – $ 28.5 juta (keseluruhan ke-50)

9. Oscar – $ 27.5 juta (keseluruhan ke-56)

10. Antoine Griezmann – $ 26.7 juta (keseluruhan ke-60

Bagaimana Ronaldo menjadi billioanaire dengan bola

Forbes juga juga mengesahkan bahawa pendapatan Ronaldo sebanyak $105 juta (R1.84 bilion) menjadikan pendapatan sepanjang kerjayanya melebihi $1 bilion..

Forbes juga melaporkan bahawa pemain berusia 35 tahun itu telah menerima gaji $650 juta selama 17 tahun kerjayanya sejauh ini, dan dijangka mencapai $765 juta ketika kontraknya sekarang berakhir pada bulan Jun 2022 .

$350 juta yang lain adalah pendapatan daripada tajaan serta bonus yang lain. Ini telah menjadikan jumlah pendapatannya lebih dari $1 bilion sebagai pemain bola sepak.

Tidak ada pemain bola sepak lain yang mampu mendekati pendapatan Ronaldo, bahkan David Beckham, yang mengakhiri kariernya dengan anggaran pendapatan $500 juta – separuh daripadanya adalah daripada penajaan dan hak imej.

Pendapatan $105 juta Ronaldo pada tahun 2020 adalah berdasarkan gaji pokok dan bonus kemenangan bernilai $60 juta. ditambah $45 juta lagi (dari tawaran penajaan daripada syarikat seperti Nike dan Herbalife, serta pendapatan diraih daripada jenama miliknya “CR7 “.

Baca yang lain