RASMI: FIFA Sahkan Ronaldo Tak Sentuh Bola, Lihat Kecanggihan Bola Adidas Ini

FIFA akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mereka tentang siapa pemilik gol pertama ketika aksi antara Uruguay dan Portugal.

Di mana hantaran lintang Bruno Fernandes bertukar menjadi gol selepas Cristiano Ronaldo gagal menanduknya dan membuatkan penjaga gol gagal mengagak.

Bagaimanapun, Cristiano Ronaldo menuntut gol tersebut miliknya. Dia meraikannya dan kemudianm turut menjelaskan kepada pegawai FIFA kenapa gol itu patut menjadi miliknya.

Dia tetap meraikan gol itu ketika Bruno Fernandes diumumkan sebagai penjaring gol sebelum perlawanan disambung semula.

Ronaldo juga lega kerana pengadil mengesahkan tiada unsur unsur ofsaid dalam gol tersebut.

Namun selepas tamat perlawanan, Ronaldo memberitahu bahawa bola ada terkena pada kepalanya.

Pegawai FIFA berkeras bahawa gol itu adalah milik Bruno Fernandes. Perkara itu kemudian dibincangkan oleh jawatankuasa Piala Dunia untuk menyemak semula siapakah penjaring sebenar.

Akhirnya, FIFA tetap menetapkan bahawa Bruno Fernandes adalah pemilik gol itu. Walaupun pemain tengah itu mencadangkan agar gol itu dikreditkan kepada Ronaldo.

FA Portugal mengemukakan bantahan dan meminta gol itu dikreditkan kepada Cristiano Ronaldo.

Tetapi seorang jurucakap FIFA memberitahu ESPN bahawa setiap bola Piala Dunia 2022, bola Al Rihla dilengkapi dengan cip sensor pengesan sebarang impak.

Dan selepas bola ditendang oleh Bruno Fernandes, tiada impak lain yang terkena pada bola.

Mereka memanggilnya sebagai ‘heartbeat’ merujuk kepada graf kesan sentuhan pada bola itu.

Ini adalah data getaran pada graf ketika Bruno Fernandes menyepak bola.

Kemudian ini adalah ketika bola lalu di atas kepala Ronaldo. Dua gambar ini menunjukkan langsung tiada tindak balas pada ‘heartbeat’ tersebut.

Kemudian ada spike pada graf ketika bole melantu di permukaan tanah.

Teknologi canggih bola Al Rihla

Sensor pengesan dipasang dalam semua bola perlawanan di Piala Dunia Qatar untuk membantu VAR dalam penentuan situasi ofsaid.

Teknologi ini membolehkan data dikumpul untuk setiap sentuhan pada kadar 500 kali sesaat. Sensor dikuasakan oleh bateri boleh dicas semula.

Ia telah diuji dengan rapi di peringkat akar umbi untuk memastikan ia bersedia untuk perlawanan Piala Dunia, termasuk ujian rasmi dalam Piala Arab FIFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Johannes Holzmüller, Pengarah Teknologi & Inovasi Bola Sepak di FIFA berkata: ‘Teknologi ini adalah kemuncak tiga tahun penyelidikan dan ujian berdedikasi oleh FIFA dan rakan kongsi kami adidas.’

Pada mata kasar, ia kelihatan seolah-olah Ronaldo telah merembat bola ke dalam jaring, mengatur masa lariannya dengan sempurna pada separuh masa kedua untuk memecahkan kebuntuan.

Pemain berusia 37 tahun itu meraikannya dengan liar, yakin, atau cuba meyakinkan orang ramai tentang tandukannya.

Peminat berbelah bahagi tentang siapa yang patut dikreditkan tetapi data adidas memberikan jawapan yang jelas bagi pihak mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di