RASMI: Kuching City Umum Irfan Bakti!

Musim 2020

Kuching FA akan dikenali sebagai Kuching City FC pada musim hadapan. Pasukan Kuching FA telah mengakhiri musim 2020 di tangga yang ke-4 Liga Premier dan layak ke Piala Malaysia walaupun berhadapan dengan cabaran besar Covid 19 terutama sekali bila pasukan kami terpaksa menjalani kuarantin selama lebih 14 hari menjelang bermulanya sambungan Liga Malaysia disebabkan beberapa pemain disahkan positif covid19.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih khasnya kepada Akira Higashiyama, Ketua jurulatih di atas pencapaian ini.

Tidak adil juga sekiranya penghargaan khas tidak ditujukan kepada Shahrizan Sahari dan Idris Untung selaku pengendali pasukan yang juga banyak membimbing pasukan ini.

Tetapi saya ingin tegaskan bahawa kejayaan ini sebenarnya juga disumbangkan oleh keseluruhan warga Kuching FA dari exco-exco persatuan, pengurusan, jurulatih-jurulatih, staff sokongan, pemain-pemian dan penyokong-penyokong semua. Pencapaian ini tidak akan dapat terhasil tanpa Kerjasama erat dan keikhlasan dari semua yang terlibat.

Perancangan 2020

Mengambil kira faktor ini, maka perancangan musim hadapan menekankan kepada faktor kerjasama, keikhlasan dan tiada sesiapa pun yang lebih besar dari Kuching City FC itu sendiri.

Perancangan awal kami adalah untuk mengekalkan Akira sebagai Ketua Jurulatih dan Yuki Tanigawa untuk melanjutkan kontrak tetapi mereka telah menolak tawaran kami dan kami telah merancang untuk mencari pengganti beliau. Beberapa nama telah dibincangkan dan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah dan akhirnya kita telah membuat keputusan.

Pada musim 2020 Kuching City FC akan diterajui oleh Irfan Bakti. Kita amat berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan beliau memandangkan beliau adalah antara Jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai banyak kejayaan di bawah ‘resume’ beliau. Kita yakin bahawa beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC.

Kita telah berbincang dengan beliau dan menerangkan falsafah dan budaya Kuching City FC; kelebihan, kelemahan, ‘constraint’ dan ‘target’ kami pada musim hadapan. Beliau bersetuju dan yakin dengan perancangan, halatuju dan ‘target’ kami itu.

Pembangunan Bolasepak

Selain itu, kami juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu jurulatih-jurulatih kami dan memastikan mereka layak untuk mendapat lesen B dan A agar mereka boleh terlibat secara langsung dengan pasukan dengan budaya dan falsafah yang sama dengan pasukan senior.

Oleh itu pihak kami sedang dalam usaha untuk membawa Wan Jamak Wan Hassan sebagai Technical Director Kuching City FC. Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, kita yakin boleh membangunkan sukan bolasepak bukan sahaja untuk Kuching City FC tetapi untuk Negeri Sarawak amnya.

Beliau adalah antara ‘Instructor’ yang bertauliah untuk mengadakan kursus Jurulatih C, B dan A. Dengan Kerjasama bersama FAM, kita boleh merancang untuk mengadakan kursus-kursus tersebut di Sarawak dan mudah bagi jurulatih-jurulatih kita untuk menyertainya.

Pasukan B19

Pasukan Kuching FC akan menjalankan Kerjasama bersama Perbadanan Sukan Sarawak dalam menyertai Liga B19 Malaysia. Perbadanan Sukan Sarawak atau SSC mempunyai beberapa Pusat Pembangunan dan Pusat Cemerlang Bawah 19 tahun tetapi pemain-pemain ini tiada berpeluang untuk bermain di peringkat yang tinggi.

Kerjasama bersama SSC akan melihat pemain-pemain ini dipilih untuk menyertai Pasukan Kuching City FC/SSC, dan jurulatih-jurulatih akan disediakan oleh SSC dan juga Kuching City FC. Dengan Kerjasama sebegini, kita mengharapkan agar pemain-pemain ini boleh menetapkan halatuju dalam karier bolasepak mereka

YB FAZZRUDIN HJ ABDUL RAHMAN

Pengerusi Kuching City FC

*Di atas adalah kenyataan media rasmi Kuching City.

Baca yang lain