RASMI: Ole Dipecat! Carrick Kendalikan Pasukan Sementara Cari Interim

Seperti laporan beberapa media sebelum ini, Ole Gunnar Solskjaer akhirnya dipecat oleh Man United, berikutan kekalahan memalukan di tangan Watford semalam.

Man United mencatat kekalahan ketuju dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Jauh daripada sasaran untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Man United mengesahkan bahawa pembantu Ole iaitu Michael Carrick akan mengendalikan pasukan buat sementara waktu sehingga kelab menemui pengurus interim sehingga akhir musim ini.

United dalam kenyataannya berkata: “Man United mengumumkan bahawa Ole meninggalkan jawatannya sebagai pengurus kelab.”

“Ole akan sentiasa menjadi legenda di Man United, dan dengan berat hati kami mencapai keputusan ini.”

“Walaupun dalam beberapa minggu ini agak mengecewakan namun ianya tidak akan menafikan segala kerja keras yang beliau lakukan dalam 3 tahun ini dalam membina asas penting untuk masa hadapan.”

“Ole meninggalkan kelab dengan ucapan terima kasih penuh keikhlasan daripada kami di atas usaha tanpa jemu sebagai pengurus dan kami mengharapkan yang terbaik buat beliau di masa akan datang.”

“Kedudukannya dalam sejarah kelab akan sentiasa terpelihara, bukan sahaja kisahnya sebagai pemain, namun sebagai insan yang hebat dan pengurus yang memberikan kita banyak momen indah.”

“Beliau akan sentiasa dialu alukan di Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga United.”

“Michael Carrick sekarang ini akan mengendalikan pasukan untuk aksi seterusnya, sementara kelab mencari pengurus interim untuk mengendalikan kelab sehingga akhir musim.”

Manchester United kini mencari pengurus Interim untuk mengendalikan kelab mereka sehingga akhir musim ini.

Dua nama yang dikaitkan ialah Julen Lopetegui dan juga Laurent Blanc.

United berusaha untuk mendapatkan Zidane secara tetap. Namun keadaan buat masa ini agak sukar untuk mereka. Kerana Zidane mungkin tidak setuju mengendalikan pasukan di pertengahan musim.

Beberapa calon lain yang dikehendaki United termasuk Mauricio Pochettino dan Erik Ten Hag. Namun dia pengurus itu selesa dengan kelab masing masing.

Baca yang lain