RASMI: Ozan Kabak Sertai Liverpool Pakai No.19, Mustafi Sertai Schalke

Kegembiraan berganda buat penyokong Liverpool yang menerima kehadiran seorang lagi pemain bek tengah. Hanya beberapa jam selepas pengumuman Ben Davies.

Ozan Kabak menyertai Liverpool dari Schalke 04. Dengan bekas bintang Arsenal Skodran Mustafi menjadi pengganti Kabak di Schalke.

Kabak ditandatangani secara pinjaman dengan opsyen pembelian tetap. Schalke awalnya mahu mewajibkan klausa beli tetap. Tetapi Liverpool membantah dan hanya mahukan optional.

Liverpool dalam kenyataan rasminya berkata:

“Liverpool telah menyelesaikan perpindahan Ozan Kabak dari Schalke 04 secara pinjaman sehingga akhir musim, tertakluk kepada pelepasan antarabangsa.”

“Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu akan menghabiskan baki 2020-21 dengan The Reds setelah dia menurunkan tandatangan pada kertas perjanjian pada hari akhir.”

“Kabak menyelesaikan prosedur perpindahan di Jerman dan akan pergi ke Merseyside akhir minggu ini.”

“Pemain antarabangsa Turki itu tiba di Anfield setelah dua tahun di Bundesliga, di mana dia mewakili VfB Stuttgart sebelum bergabung dengan Schalke pada bulan Julai 2019.”

“Sebelum berpindah ke Jerman, Kabak mewakili Galatasaray, di mana ia memperoleh pengalaman bermain di Liga Juara Juara Eropah dengan empat penampilan di kejohanan tersebut pada 2018-19.

“Di peringkat antarabangsa, dia telah memperoleh tujuh kaps untuk Turki hingga kini.”

“Dia akan memakai No.19 untuk Liverpool.”

Liverpool turut menyatakan bahawa Kabak akan menunggu pengesahan daripada Liga Inggeris untuk didaftarkan ke dalam pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana Inggeris.

Ozan Kabak sudah lama berada dalam radar Jurgen Klopp. Namun tidak berkesempatan mendapatkan pemain muda tersebut pada sebelum ini.

Karier setakat ini

Naman Ozan Kabak menjadi tumpuan kelab kelab Eropah yang lain terutama sekali selepas menyertai Bundesliga.

Ozan Kabak lahir di Ankara pada 2000, dan menyertai akademi bola sepak Galatasaray dan mendapatkan kontrak profesional pertamanya di usia 17 tahun.

Sepuluh bulan kemudian beliau mencatatkan debut untuk klub, masuk sebagai pengganti di minit minit akhir dalam kemenangan atas Yeni Malatyaspor di hari penutup musim Super Lig 2017/18.

Dan beberapa bulan selepas itu beliau menjadi pemain regular dalam skuad  Fatih Terim dan menjadi salah seorang bek tengah paling menonjol di Turki.

Kabak dilantik menjadi kapten Turki U-17 ketika muda. Aksi cemerlangnya membuatkan beliau dibida oleh Stuttgart yang datang menebus kontraknya denga nilai €11 juta.

Kabak merupakan pemain yang sangat keras secara fizikal. Dan menjadi ancaman utama dari situasi bola mati.

Pada Jun 2019, Kabak menyertai Schalke yang membayar klausa pelepasan €15 juta. Walaupun Schalke musim ini bergelut dengan prestasi, namun Kabak tetap menjadi antara pemain yang paling menyerlah secara individu.

Kabak sendiri menjadikan Virgil van Dijk sebagai idolanya di lapangan bola sepak. Siapa sangka beliau kini sepasukan dengan Van Dijk.

Dalam pada itu Klopp mengesahkan Joel Matip sudah sah tidak akan dapat beraksi lagi musim ini.

Baca yang lain