RASMI: West Ham Sahkan Declan Rice Dijual Dengan Rekod Perpindahan Inggeris

West Ham United mengesahkan bahawa Declan Rice rasmi meninggalkan kelab itu dengan rekod perpindahan antara kelab Britain.

Seperti dilaporkan sebelum ini Rice menyertai Arsenal dengan rekod perpindahan £105 juta termasuk bonus.

Pemain itu dalam proses akhir untuk diumumkan sebagai pemain Arsenal yang baharu.

West Ham mengucapkan selamat tinggal kepada Declan Rice. Sementara David Moyes menyatakan bahawa dia berterima kasih di atas sumbangan Rice. Namun tiada pemain lebih besar dari kelab.

Moyes berkata: “Saya secara peribadi mahu berterima kasih kepada Declan Rice di atas apa yang dia telah lakukan sepanjang di West Ham.”

“Jelas sekali agak sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seorang yang telah bersama kita untuk tempoh yang lama, namun kita harus maju ke hadapan.”

“West Ham  United adalah kelab yang besar, sejarah kelab itu sendiri cukup untuk membuktikannya, tiada pemain lebih besar daripada kelab ini.”

“Fokus kita sekarang adalah untuk membangunkan lagi kelab selepas kejayaan musim lalu. Menambahkan lagi bakat ke dalam pasukan yang menjuaral UECL ketika kita memasuki tahun ketiga berturut turut di pentas eropah. Dan berterusan membangunkan bakat muda menerusi akademi kita yang sukses.”

Dalam pada itu Declan Rice turut memuat naik mesej perpisahan yang emosional di Instagram rasmi beliau.

Rice berkata: “Saya tidak percaya 10 tahun yang luar biasa ini telah pun berakhir. West Ham telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya di dalam dan di luar padang. Ianya tidak pernah mudah untuk mengucapkan selamat tinggal [kepada West Ham].”

“Saya telah mengalami beberapa tahap yang tinggi dalam karier yang sukar dipercayai, tidak ada yang lebih tinggi daripada malam itu di Prague. Saya juga telah banyak berkembang sebagai seorang pemain dan sebagai kapten.”

“Dari saat pertama saya menjadi ketua pasukan, di bawah bimbingan Nobes, saya tidak merasakan apa-apa selain kebanggaan & semangat. Sebagai kapten, kejayaa membawa pulang trofi Eropah itu adalah ibarat meletakkan aising pada kek.”

“Hubungan saya dengan peminat  memberikan makna segala-galanya kepada saya dan keluarga saya. Anda telah melayan kami seperti keluarga milik anda sendiri sejak hari saya tiba. Terima kasih.”

“Semua orang tahu betapa istimewanya West Ham sebagai selayaknya sebuah kelab, untuk semua pengurus, jurulatih, kakitangan belakang tadbir dan sudah tentu, rakan sepasukan saya.”

“Terima kasih untuk beberapa kenangan yang menakjubkan dan beberapa hari terbaik dalam hidup saya. Sayang awak semua.”

Declan Rice dijangka akan diumumkan pada hari ini waktu London.

Penantian peminat Arsenal untuk melihat Declan Rice menjadi pemain mereka secara rasmi akan berakhir pada hari ini – menurut laporan Fabrizio Romano.

Arsenal dan West Ham sudah mencapai kesepakatan harga sekitar £105 juta untuk pemain tersebut. Arsenal akan membayar £100 juta secara wajib dalam ansuran 18 bulan.

Sementara £5 juta lagi adalah dalam bentuk bonus. Urusan untuk mengumumkan Declan Rice lebih awal terhalang kerana Arsenal didakwa melambatkan bayaran depoosit untuk pemain itu.

West Ham meminta Arsenal menyegerakan bayaran pertama GBP34 juta untuk membolehkan mereka membelanjakan wang itu membeli pemain baharu.

Kini Arsenal urusan tersebut dipercayai sudah selesai selepas Arsenal menyelesaikan urusan perpindahan Jurrien Timber dari Ajax.

Fabrizio Romano menegaskan bahawa Declan Rice akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Arsenal pada hari ini – Sabtu.

Declan Rice menjadi sasaran utama Mikel Arteta sejak awal jendela perpindahan lagi. Keutamaan Arteta adalah Declan Rice. Di mana pemain itu dianggap penting untuk melengkapkan sistem permainan Arsenal.

Arsenal juga tertarik dengan pembangunan Rice yang masih pesat berdasarkan usianya yang masih muda. Dia juga sudah sangat matang dan merupakan kapten kepada West Ham yang membantu kelab itu mencipta sejarah menjuarai Liga Persidangan Eropah musim lalu.

Rice sebelum ini menolak perpindahan ke kelab lain kerana mahukan jaminan minit permainan bagi membolehkannya bermain dalam skuad Piala Dunia 2022 England.

Tetapi dia sudah menegaskan bahawa dia sudah sedia untuk berpindah selepas Piala Dunia 2022. Dan kini adalah masa yang tepat untuknya.

Rice mahu bermain di UCL dan memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak di West Ham walaupun ditawarkan gaji GBP200k seminggu di kelab itu.

Baca yang lain