Real Madrid Sahkan Luka Jovic Patah Kaki Ketika Lockdown

Penyerang Real Madrid, Luka Jovic patah tulang di kaki kanannya. Perkara tersebut diumumkan oleh Real Madrid pada Jumaat.

Bekas pemain depan Eintracht Frankfurt itu telah menjalani musim pertama yang sukar di Santiago Bernabeu. Selain daripada gagal menyerasikan diri dengan cepat, Jovic juga kerap disisihkan kerana kecederaan.

Dan kini ketika L0CKD0WN, beliau patah kaki pula. Kecederaan itu dilaporkan berlaku ketika berada di rumah di Madrid, setelah kembali dari Serbia pada awal minggu.

Jovic kembali ke Madrid selepas dikuarantin di negaranya. Sebelum ini Jovic menjadi kecaman oleh kerajaan Serbia kerana ingkar arahan kuarantin dengan balik dari Madrid dan meluangkan masa bersama teman wanitanya.

Satu kenyataan kelab mengatakan: “Setelah ujian yang dilakukan ke atas pemain kami, Luka Jovic oleh pasukan perubatan Real Madrid, dia telah didiagnosis mengalami patah tulang artikular di tulang kaki kanannya. Kini masih menunggu laporan lengkap.”

Madrid belum menjelaskan berapa lama kemungkinan Jovic akan disisihkan dan menghabiskan masa di luar padang.

Tetapi berdasarkan rekod sebelum ini, ramai pemain yang kecederaan seperti itu berehat agak lama dan beliau dijangka tidak akan bermain lagi untuk musim ini.

Jovic telah berjuang sekeras-kerasnya untuk mendapatkan lebih masa permainan di bawah Zinedine Zidane.Namun pengurus Real Madrid itu menggunakan pemain berusia 22 tahun itu dengan sangat berhati-hati kerana banyak isu kecergasan.

Setakat ini, Jovic hanya bermain 4 perlawanan La Liga. Beliau kerap memanaskan bangku simpanan.

Jovic diraikan peminat dengan harapan sangat tinggi pada awal musim selepas aksi cemerlang beliau di Jerman.

Beliau dianggap pengganti utama kepada Karim Benzema yang semakin menuju ke fasa akhir kariernya. Namun malangnya, beliau gagal.

Di mana Karim Benzema terus berada di hadapan beliau.

Real Madrid masih ada baki 11 perlawanan lagi. Pada ketika ini Real Madrid dua mata di belakang Barcelona pada carta liga.

Berbatov nasihatkan Jovic

Segalanya serba tidak kena untuk pemain ini buat masa ini. Berbatov menasihatkan agar Luka Jovic lebih berdisiplin dan fokus kepada bola sepak.

Berbatov melihat Luka Jovic agak terbuai-buai dengan label pemain Real Madrid yang ada padanya dan kerapkali membuat perkara yang tidak sepatutnya.

Ini termasuk melanggar perintah kuarantin. Sebagai idola ramai muda mudi di negaranya, Jovic tidak sepatutnya melakukan sesuatu seperti itu.

Jovic balik menemani teman wanitanya, Sofija Milosevic, yang melahirkan anak.

Walaupun Jovic menyatakan beliau sangat gembira dan terharu melihat anaknya yang baru lahir, namun itu bukan alasan untuk Jovic merisikokan nyawa orang lain denga keluar dari Sepanyol yang diserang virus.

Jovic memberitahu AS: “Saya ingkar arahan isolasi kerana saya tak tahu peraturannya. Saya tahu korang sukar nak percaya, namun itu kebenarannya.”

“Saya tak pedulikan arahan itu kerana saya tak tahu nak buat isolasi macamana? Saya akan menerima hukuman yang dikenakan ke atas saya.”

Nama Jovic dipetik oleh Presiden Serbia, Aleksander Vucic. Di mana tuan presiden mengecam Jovic dan pemain Serie B Nikola Ninkovic yang tidak patuh arahan kuarantin.

Jovic dan Ninkovic telah meninggalkan Sepanyol dan Itali walaupun mereka sepatutnya mengikuti arahan kuarantin, untuk pulang ke Serbia.

Ketika masuk ke Serbia, mereka pula tidak mengikut arahan kuarantin di sana. Malah kedua – duanya dilihat berada di luar rumah.

Presiden Serbia dengah marahnya menyebut dua pemain tersebut berdepan dengan hukuman penjara jika didapati berada di tempat awam lagi selepas ini.

“Salah seorang daripada mereka [Ninkovic] duduk di hotel dan seorang lagi [Jovic] tinggal di apartmentnya.”

Aleksander Vucic kemudian memberikan arahan agar kedua dua mereka berada di tempat tersebut untuk self quarantine sekurang-kurangnya 14 hari untuk memastikan mereka bebas koronavirus.

Bagi Vucic, keadaan itu harus dipandang serius lebih lebih lagi kedua dua pemain tiba dari negara hotspot koronavirus.

“Jika selepas ini diorang ingkar lagi arahan, meninggalkan tempat tersebut, mereka akan ditangkap.”

“Saya tahu mereka berdua kesal dengan apa yang berlaku. Namun di sini saya nak jelaskan bahawa, nyawa setiap orang di sini lebih penting daripada wang mereka yang berjuta.”

“Namun begitu, kami bukan nak menghukum semua orang.”

Semoga Luka Jovic lekas sembuh dan berjaya mendapatkan semula prestasi terbaik apabila kembali merumput kelak.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang