Reece James Sedih Terima Lebih Banyak Komen Toksik Selepas Menjalani Pembedahan

Kapten muda Chelsea, Reece James meluahkan rasa terkilan beliau dengan budaya toksik di media sosial dan komen jelek yang dia terima.

Ada yang menjadikan kecederaannya sebagai alat troll di media sosial.

James antara pemain yang kerap dilanda kecederaan. Yang terbaru pastinya musim ini. Beberapa bulan lalu Reece James terpaksa direhatkan sekali lagi kerana perlu menjalani pemulihan dan terapi.

Selepas satu perbincangan lanjut dengan doktor baru baru ini, pemain itu memutuskan untuk menjalani pembedahan. Langkah yang dianggap demi kebaikan jangka panjang. Dia anggap itu pengorbanan harus dia ambil demi kariernya dan kelab.

Hal ini kerana, kecederaan hamstring yang dihadapi James itu adalah kecederaan berulang. Dia menderita 7 kecederaan hamstring dalam masa 3 tahun terakhir ini.

Terlepas 2 bulan pertama musim ini, kerana pemulihan kecederaan. Chelsea kemudian menasihati James berbincang dengan doktor dan pengurus untuk pembedahan. Dan akhirnya keputusan diambil. Dia akhirnya dibedah.

James sebelum ini terlepas Piala Dunia 2022 di Qatar kerana masalah lutut, berharap untuk bermain di Euro 2024. Namun kini harapan itu kelihatan agak terganggu.

James yang kini sudah menjalani pembedahan tersebut agak terkilan dengan beberapa pihak yang memperlekeh dan mengejeknya kerana selalu cedera.

“Dunia bola sepak tahu, saya cedera, namun prosedur yang saya akan jalani kali ini akan mengambil masa sedikit untuk mengenalpasti solusi terbaik.”

“Saya menjalani pembedahan hari ini cuba untuk merawat masalah hamstring saya. Proses pemulihan sudah bermula, secara fizikal dan mental.”

“Sejak kecederaan ini, saya menerima banyak sekali sokongan. Namun signifikannya, lebih banyak lagi kebencian dan komen negatif.”

“Percayalah kepada saya, saya tak nak cedera. Saya orang paling gembira apabila saya bermain bola sepak. Terima kasih kepada mereka yang memahami dan menyokong saya ketika susah dan senang. Ini akan menjadi perjalanan panjang.”

“Reece James”

Rata rata peminat memberikan komen sokongan kepada James selepas membaca luahannya. Pemain pemain Chelsea mengetuai pemain pemain lain termasuk dari kelab lain dan bekas pemain, turut memberikan sokongan kepada kapten mereka itu.

Semoga Reece James cepat sembuh!

Baca yang lain