Respon Jurulatih Getafe Ke Atas Komen Xavi Tentang ‘Matahari’: “Gunalah Nivea

Xavi Hernandez telah memberikan alasan yang kompleks ketika Barcelona diikat 0-0 oleh Getafe di Coliseum Alfonso Perez. Pendahulu liga itu hanya berjaya mencatatkan 3 percubaan tepat.

Ini adalah keputusan seri kedua berturut turut dicatatkan oleh Barcelona.

Xavi menyalahkan padang dan kemudian menganggap cahaya matahari pada tengahari membuatkan pemainn tidak selesa.

Xavi berkata: “Ini menyakitkan kami. Dan kami dah tahu awal lawa. Semalam kami berlatih di padang kering di Barcelona kerana kami tahu situasi padang yang akan kami bermain di sini.”

“Sangat susah pemain bermain di sini. Perlawanan ini sukar, termasuk untuk Getafe, bola tersekat sekat.”

Xavi kemudian mempersoalkan sepak mula pada waktu makan tengah hari dan berkata: “Kami biasa bermain tanpa cahaya matahari dan bermain waktu malam.”

“Ini satu lagi buktinya, kami juga berlatih bermain di padang kering.”

Jurulatih Getafe kemudian ditanya tentang komennya tentang kenyataan Xavi berkaitan dengan matahari yang mengganggu pemain pemain Barca.

Dia berkata: “[Gunalah] Nivea… ianya melindungi kamu daripada matahari.”

Barcelona masih lagi memiliki pendahuluan sangat selesa di puncak liga dengan 11 mata dengan baki 9 perlawanan lagi.

Xavi berpeluang besar menamatkan kempen musim ini bersama Barcelona sebagai juara Sepanyol sekali lagi.

Baca yang lain