Review Dan Menangi Buku Liverpool Mahkota Eropah Di opell69tv

Opell dari opel69tv telah berkesempatan untuk membuat reviu buku hasil Liverpool Mahkota Eropah yang sedang panas pada ketika ini.

Buku yang menceritakan perjalanan Liverpool sehingga menjadi juara Eropah keenam pada musim 2018/19.

Dan berita baik, korang boleh memenangi buku yang siap bertandatangan penulis.

Jadi apalagi kasi rembat terus.

Nak tau cara menang buku tu? Sila tengok video di bawah:

Nota editor: Bagi korang yang ada isu dengan iklan melekat pada Youtube boleh buka via Browser.

Saksikan reviu ringkas:

 

Liverpool Mahkota Eropah: Lebih dari sekadar cerita Liverpool

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada  penulis Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Liverpool Mahkota Eropah

Pada 2019, Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan Eropah mereka. Selepas sekian lama tidak menggenggam kejuaraan, Liverpool dilihat bakal terlepas piala mereka pada akhir kempen.

Dengan EPL yang sudah terlepas ke tangan City, Liverpool cuma ada harapan untuk menghidupkan kembali prospek kejuaraan UCL yang nampak sukar selepas kalah 3-0 di Nou Camp.

Namun malam keajaiban di Anfield berlaku dan Liverpool menterbalikkan skor kepada 4-3 secara agregate dengan aksi heroic seluruh pasukan.

Liverpool mara ke final dan menang 2-0 ke atas Spurs. Setahun selepas mereka tewas 3-1 di tangan Real Madrid pada final. Dan selepas 2 kekalahan di final Eropah selepas kalah Europa sebelum itu.

Perancangan aku untuk membuat buku tentang Liverpool ini memang unik. Aku nak reviu satu musim 2019/20 secara total. Tak kisahlah Liverpool juara ke tak.

Misi utama aku nak buat reviu Liverpool secara taktikal dan teknikal di bawah kendalian Klopp. Apa DNA Liverpool dan bagaimana mereka bermain.

Apa yang dilakukan Liverpool di sebalik kejayaan pasukan di atas padang dengan memperagakan bola sepak yang baik.

Korang masih ingat dengan reviu musim versi VCD / DVD dulu masa korang kecil? Aku nak buat dalam bentuk buku.

Namun bak kata orang bak pucuk dicita ulam mendatang, Liverpool cemerlang musim lalu dan berada dalam persaingan kejuaraan liga.

Dan ketika gol Vincent Kompany membuatkan Man City mengawal kejuaraan liga, Liverpool seakan akan hilang segalanya dalam satu minggu.

Namun Liverpool bangkit. Lalu mengakhiri musim dengan kejuaraan.

Buku ini aku kumpulkan beberapa analisis taktikal dan juga artikel kajian aku tentang Liverpool. Korang akan dapat satu buku yang ada ulasan tentang banyak perkara tentang banyak perkara.

Daripada taktikal yang digunakan Liverpool berasaskan gegenpressing.

Sentuh sedikit juga bagaimana set up pasukan mereka termasuk aspek sains sukan.

Dan analisis teknikal seperti throw in seperti ini. Tahu tak korang Liverpool ada mengupah jurulatih khusus untuk lontaran ke dalam?

Buku ini bukan sahaja sesuai untuk fans Liverpool. Malah jika anda penggemar kepada buku taktikal bola sepak ini mungkin naskah yang anda cari.

Jadi, korang klik pautan ini untuk pra tempahan: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Ataupun PM ke facebook penulis terus: Axello Riise

Dan kemaskini tentang buku ini akan aku buat dari semasa ke semasa.

Dan jangan lupa subscribe channel opell69tvd diYouTube

 

Baca yang lain