Romeo Beckham Rasmi Jadi Pemain Profesional, Dapat Kontrak Dari ‘Feeder Club’ Milik Papa

Anak lelaki kepada legenda bola sepak serta selebriti – David Beckham – iaitu Romeo Beckham kini secara rasmi mendapat kontrak profesional dengan kelab USL League 1, Fort Lauderale.

USL League 1 merupakan divisyen ketiga di Amerika Syarikat. Kelab ini pada dasarnya adalah pasukan simpanan untuk pasukan yang menjadi milik Beckham iaitu Inter Miami.

Beckham mendapat hak pemilikan kelab tersebut beberapa tahun lalu. Beckham seorang yang sangat bersemangat untuk memiliki kelab bola sepaknya sendiri.

Beliau sebelum ini pernah bermain di MLS bersama dengan LA Galaxy. Menjadi nama penting dalam mempromosi liga bola sepak Amerika Syarikat itu.

Dan kini Romeo akan meneruskan legasinya di AS, dengan mengorak langkah awal dalam karier bola sepaknya.

Instagram Romeo Beckham dihujani ucapan tahniah kerana kejayaan anak bujang Beckham itu melanjutkan lagi karier bola sepaknya.

Seperti yang kita semua tahu, instagram Romeo Beckham penuh dengan gambar dan video latihan bola sepak. Bukti bahawa beliau memang sangat serius dalam bidang tersebut.

Ibunya, yang juga artis terkemuka, Victoria Beckham turut memberikan kata kata tahniah dan menyatakan bahawa mereka semua bangga dengan anaknya itu.

Walaupun mungkin sukar untuk mengikuti jejak langkah ayahnya yang legenda di England dan Man United, namun siapa tahu kan? Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Romeo tidak akan menjadi satu-satunya anak pemain legenda bola sepak Inggeris terkenal bermain untuk pasukan pembangunan tersebut. Seorang lagi anak legenda yang akan bergandingan dengan Romeo di ialah Harvey Neville yang berusia 19 tahun, anak kepada jurulatih Inter Miami, Phil Neville, bekas rakan sepasukan Beckham di Man United dan England.

Romeo baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-19 pada hari Rabu lalu dalam majlis pesta meriah dengan kek gergasi bersama rakan dan keluarga di Miami.

Romeo adalah anak kedua daripada empat anak Beckham selepas Brooklyn (22) dan sebelum Cruz (16) dan Harper (10).

Ianya permulaan yang sangat penting buat Romeo dalam mengejar impiannya. Selamat maju jaya kepada anak David Beckham.

Baca yang lain