Ronaldo Pesan: Jangan Pernah Kacang Lupakan Kulit

Cristiano Ronaldo seorang pemain yang sentiasa berbangga dengan asal usulnya. Beliau tidak pernah sesekali melupakan tempat kelahirannya.

Ketika ini Cristiano Ronaldo sedang berada di kampung halamannya di Madeira untuk lockdown.

Beliau balik ke Madeira sebelum Itali diisytiharkan lockdown. Ini kerana beliau mahu menjaga ibunya yang baru sembuh daripada serangan strok.

Ronaldo kemudian terus berada di sana kerana hampir kesemua negara Eropah mengenakan perintah kuarantin dan isolasi persendirian.

Madeira merupakan sebuah kepulauan yang kecil di Portugal.

Dan baru-baru ini menerusi Instagram peribadinya, Cristiano Ronaldo memuat naik suatu foto yang menampilkan dirinya dengan latar potret panorama kampung halamannya itu.

“Never forget where you came from. Home sweet home,” tulis beliau pada kapsyen foto tersebut.

Ataupun dalam bahasa kita, jangan pernah kacang lupakan kulit, tiada tempat yang lebih baik daripada rumah (kampung) sendiri.

Ketika masih kecil beliau pernah bermain untuk kelab di Madeira bernama CF Andorinha. Kelab yang kini berada di divisyen kelima dalam liga bola sepak Portugal.

Kelab kecil itu telah membantu Ronaldo memulakan asas bola sepak dan kemudian bakanya dikesan oleh Sporting.

Walaupun beliau sudah menjadi salah seorang atlet paling kaya di dunia, namun beliau tidak pernah sesekali lupa akan asal usulnya.

Ronaldo kini meluangkan masa dengan keluarga dan sanak saudaranya di dalam rumah besar miliknya.

Beliau juga selalu memuat naik aktiviti hariannya sepanjang kuarantin.

Beliau seringkali bercakap tentang perkara yang baik baik tentang Madeira. Malah beliau turut diberikan penghormatan apabila nama sebuah lapangan terbang diletakkan sempena namanya.

Malah Cristiano Ronaldo juga memiliki perniagaan perhotelan di Pulau Madeira iaitu Pestana CR7 Funchal.

Suatu resort premium di pinggir pantai dan ada muzium peribadinya.

Beliau juga ada tugu khas dibina di tempat kelahirannya sebagai tanda kebanggaan masyarakat di sana kepada salah seorang figura paling popular di dunia itu.

Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dalam arena bola sepak, Cristiano Ronaldo memang dikenali ramai.

Beliau pernah membantu negaranya menjadi juara Eropah. Ronaldo kemudian turut menjadi ketua pasukan Portugal yang memenangi Liga Negara Eropah pertama.

Baca yang lain