Cristiano Ronaldo telah kehilangan sebahagian besar daripada baki gajinya musim ini selepas dia dan Man United setuju untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.
Penamatan kontrak itu adalah tidak melibatkan sebarang pampasan daripada kedua dua pihak.
Penamatan kontrak itu dibuat setelah pemain berusia 37 tahun itu membuat wawancara kontroversi bersama Piers Morgan, beberapa minggu sebelum Piala Dunia 2022.
Ronaldo dalam wawancara tersebut telah mengutuk kelab Manchester United dan Erik Ten Hag,
United kemudian mengumumkan bahawa kelab menamatkan kontrak Ronaldo atas persetujuan bersama.
Ini bermakna Ronaldo tidak menerima baki kontraknya sekitar 6 bulan lagi. Ronaldo menerima sekitar £500 ribu seminggu di Old Trafford. Bermakna dia menyerahkan sekitar £12 juta daripada gajinya.
Kini Ronaldo mahu menuntut tunggakan gajinya £16.2 juta atau sekitar EUR19 juta di Juventus. Angka tersebut dikatakan jumlah gaji tertangguh dibayar Juve atas persetujuan dengan Ronaldo sebelum ini kerana pandemik.
Ronaldo chiede di visionare gli atti: vuole i 19,9 milioni dalla #Juventus https://t.co/N4cbsN6Bgg
— La Gazzetta dello Sport (@Gazzetta_it) December 3, 2022
Malangnya kelab Itali itu dikatakan masih belum melangsaikan baki gaji itu walaupun Ronaldo sudah meninggalkan Juventus 16 bulan lalu.
Juventus kini berdepan dengan masalah kewangan di kelab tersebut. Mereka telah banyak melepaskan atau menjual pemain ke kelab lain, termasuk secara pinjaman untuk mengurangkan beban gaji pemain mereka.
Dengan kegagalan Juventus di UCL, ianya memburukkan lagi keadaan untuk kelab itu.
Ronaldo mahu menuntut gajinya yang tertunggak itu dibayar serta merta. Serta tidak menolak untuk mengheret Juventus ke muka pengadilan.
The Portuguese star called on a team of lawyers to examine the situation at the Old Lady and study their balance sheets before making his request.
Pengarah Sukan Juventus sudah memaklumkan tuntutan Ronaldo itu kepada Lembaga Pengarah kelab dan juga kepada presiden Andrea Agnelli ketika itu, pada Ogos 2021.
Juventus banyak berhutang dengan Bangdo
Menurut butiran, Juventus sebenarnya berhutang keseluruhan €28 juta.
€19 juta adalah hutang tunggakan gaji yang dipersetujui antara Ronaldo dengan Juventus sebagai penangguhan bayaran semasa pandemik melanda.
Angka €9 juta lagi adalah tunggakan gaji sebelum pandemik iaitu pada musim sebelum pandemik melanda.
Angka yang disebutkan adalah angka gaji sebelum cukai.
Jadi, Juventus sudah melangsaikan €9 juta daripada tunggakan tersebut. Dan kini masih ada baki €19 juta lagi. Angka itu sangat besar untuk Ronaldo lepaskan begitu sahaja.
Gazetta Dello Sports melaporkan, Ronaldo membuat tuntutan itu selepas peguamnya melihat sendiri laporan kewangan Juventus baru baru ini.
Atas nasihat peguamnya, Ronaldo kini boleh meminta wang tersebut kembali daripada kelab Itali itu.
Laporan Football Italia beberapa tahun lalu menyebut, Juventus terpaksa menjual Ronaldo ke Manchester United kerana masalah kewangan yang mereka hadapi. Namun tidak banyak cerita tentangnya, kerana media tidak dapat membayangkan bahawa Juventus berhutang sebegitu banyak dengan seorang pemain.
Juventus kini dipercayai dalam krisis. Presiden La Liga, Javier Tebas beberapa minggu lalu meminta UEFA mengenakan sekatan dan tindakan ke atas Juventus.
Ini selepas kesemua ahli lembaga pengarah kelab termasuk Presiden, Andrea Agnelli dan timbalan presiden Pavel Nedved.
🚨 BREAKING 🚨
The entire Juventus board has resigned. 🇮🇹 pic.twitter.com/xBzMz5YqXW
— Football Daily (@footballdaily) November 28, 2022
Punca utama perletakan jawatan itu adalah tekanan yang dihadapi Agnelli dan Nedved berkaitan dengan laporan penyata kewangan palsu termasuk laporan tidak tepat berkaitan pembayaran gaji ketika pandemik.
Agnelli sebelum ini pernah menyatakan dia menyokong idea Liga Super Eropah kerana akan memberikan pulangan yang banyak kepada kelab.
Langkah itu gagal selepas pasukan dari EPL dan Serie A yang lain selain Juve menarik diri.
La Liga menegaskan bahawa Juventus harus dihukum kerana melanggar peraturan Financial Fair Play berkaitan gaji pemain. Mereka sebenarnya ada masalah dengan liabiliti gaji terlalu tinggi.