Rooney Kongsi Kisah Rampas Speaker Pogba & Lingard Kerana Menari Selepas Kalah

Wayne Rooney telah mendedahkan satu kisah yang agak menarik tentang bagaimana dia pernah merampas speaker milik Lingard dan Pogba di bilik persalinan.

Pada musim 2016/17, Rooney masih menjadi kapten United, bermain dalam skuad bimbingan Jose Mourinho. Musim yang menyaksikan United menamatkan saingan di tangga keenam.

Ianya dianggap musim yang menyakitkan oleh Rooney apabila pasukan seperti Man United gagal menamatkan saingan di slot UCL sekurang kurangnya.

Dari situlah bermulanya generasi baru yang mulai menguasai bilik persalinan di Manchester United, dengan sebahagian besar pasukan pemenang kejuaraan liga terakhir sudah meninggalkan kelab, malah ada yang bersara.

Rooney agak kecewa dengan karakter pasukan United yang semakin terhakis selepas era Sir Alex Ferguson di bilik persalinan. Di mana suasana dahulu sangat berbeza. Patrice Evra pernah menceritakan, bilik persalinan agak sugul dan penuh dengan tegang apabila mereka kalah.

Semua pemain akan bersemangat untuk perlawanan seterusnya, kerana Sir Alex Ferguson sangat bencikan kekalahan dan mentaliti itu ditanam pada setiap pemain.

Namun pada musim 2017 itu Rooney sedar bahawa DNA itu sudah tak ada dan generasi baru ada cara mereka.

Rooney menceritkan kisah itu di ruangan khas di The Times. Di mana ketika itu, pasukan United mengalami satu lagi kekalahan.

Ketika Rooney dan beberapa pemain lain sugul meratapi kekalahan, beliau mendengar ada bunyi muzik di bilik persalinan ketika sesi latihan.

“Saya masih ingat satu ketika, ketika menjalani latihan di United sehari selepas kekalahan, saya masih berasa sangat marah dan melangkah masuk ke bilik persalinan dengan Michael Carrick.

“Kami mendapati Jesse dan Paul menari di sana dengan muzik dimainkan. Saya pergi, mematikannya dan mengeluarkan pembesar suara dari bilik persalinan – kerana cara pemikiran saya berbeza dengan pemain moden hari ini, begitulah cara saya dewasa di bola sepak.”

“Paul dan Jesse menerimanya, kerana saya adalah pemain senior. Mereka tidak melakukan sesuatu yang salah, tidak menyakiti sesiapa, dan itu hanya mentaliti sekolah lama [old school] saya.”

Namun Rooney tetap akur dengan generasi yang berbeza pastinya ada cara masing masing. Cuma pada masa itu tindakan beliau adalah spontan.

Rooney menegaskan bahawa beliau kemudian berlapang dada untuk cuba menerima budaya baharu di ruang ganti Man United yang ternyata bukan lagi seperti dahulu.

“Seperti yang dikatakan oleh Rio Ferdinand, pemain generasi kita dahulu hanya perlu membiasakan diri dengan generasi ini dan apa yang telah berubah.”

BACA JUGA: Kisah Ferguson Sound Satu Bas Pemain United Kerana Tak Layan Peminat

Antara perkara paling penting diingatkan oleh Sir Alex Ferguson kepada para pemainnya adalah: ‘Tiada pemain yang lebih besar dari kelab.’

Patrice Evra telah berkongsi cerita bagaimana satu peristiwa di mana para pemain dimarahi Sir Alex Ferguson kerana mengabaikan para penyokong Man United.

Patrice Evra, beraksi untuk Man United pada musim 2006 sehingga 2014, menyatakan bahawa, Sir Alex Ferguson selalu mengajar dan mengingatkan pemain tentang tanggungjawab mereka.

Selain menjaga jadual latihan, bermain bola sepak, para pemain juga – menurut Sir Alex Ferguson – perlu sentiasa menghormati penyokong dan meluangkan masa dengan mereka apabila ada kesempatan.

Evra berkata: “Ketika Anda bermain untuk Manchester United, itu bukannya untuk peribadi lagi. Anda tidak boleh menggunakan Manchester United untuk terkenal, dan disanjungi di media sosial.”

https://twitter.com/whats_new_2day/status/1257148859802927105

“Anda bermain untuk United kerana anda harus memberi sesuatu kepada banyak orang lain di sekeliling anda,” kata Evra kepada podcast yang disiarkan di MUTV.

“Ketika bermain untuk kelab ini, para pemain perlu mengenali semua staf yang bekerja di sini termasuk staf bukan jurulatih ataupun pegawai, itu sangat penting.”

“Anda tidak ada alasan untuk tidak melakukannya. Hanya perlu menonton beberapa DVD seperti yang saya lakukan dahulu, itu sangat penting,” ungkapnya lagi.

Evra juga menegaskan bahawa Sir Alex juga meminta agar para pemain selalu menghormati penyokong, seperti memberikan tanda tangan atau berfoto dengan mereka.

Kena marah sebab abaikan penyokong

Pernah sekali, dalam satu jelajah pra musim, pasukan mereka mempersembahkan 13 trofi Premier League dan 2 Liga Juara Juara Eropah. Tetapi para pemain United yang keletihan ketika itu telah naik ke dalam bas kerana keletihan.

Ternyata Sir Alex Ferguson sangat marah. Kerana menurut beliau, sesi itu perlu dihormati pemain. Walaupun gaji mereka beratus ribu seminggu sekalipun, bukan alasan untuk naik ke dalam bas tidak melayan penyokong pada sesi seperti itu.

Ia seperti jadual kerja, mana tahu akan ada seorang penyokong dari kawasan yang sangat jauh dan tiba di sana.

Evra: “Saya memberikan contoh, suatu ketika kami berada di jelajah pramusim, dan sebelum kami naik bas, kami benar-benar letih.”

“Saya akan cakap jujur kepada kamu semua, ketika itu ada sesi bertemu penyokong.”

“Ketika itu keadaan sangat sesak dan kami pun melihat satu sama lain ‘apabila yang lain tak sign, pemain lain pun tak perlu sign la’. Kami semua naik ke dalam bas.”

“Dan kami ternampak Sir Alex Ferguson dari jendela bas. Beliau pula sedang menandatangani autograf.”

“Saya bersumpah, dia baru masuk sekitar 45 minit kemudian. Dia menandatangani semua yang dia mampu. Dan saya berkata, ‘Gais, nanti bos datang naik bas, habislah kita.'”

“Dan dia naik ke dalam bus, dia terus sound kami sambil marah-marah. ‘Kamu pikir kamu ini siapa?! Mereka di bawah sana tu yang membayar gaji kamu semua.”

“Orang-orang itu yang datang untuk menonton kamu [membeli tiket]. Sekarang kamu semua cepat turun dan sign autograf!'”

“Kami pun turut dan harus menandatangani setiap permintaan fans, tapi itulah mentalitinya.” jelas beliau

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang