Rugi £213 Juta Dalam 3 Tahun, Arsenal Berdepan Risiko Pelanggaran FFP

Arsenal adalah salah satu daripada 20 kelab Eropah dalam senarai pantau pasukan UEFA yang berpotensi melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

The Gunners telah membelanjakan £270 juta untuk perpindahan sejak dua tahun lalu dengan hanya Chelsea (£288 juta) yang membelanjakan lebih banyak di kalangan kelab Liga Perdana. Bagaimanapun, Arsenal mempunyai perbelanjaan bersih tertinggi daripada kalangan pasukan ‘Big Six’ EPL (£218m).

Projek Mikel Arteta bermula menjelang musim 2021/22 apabila pemain pemain seperti Ben White, Aaron Ramsdale, Takehiro Tomiyasu dan Martin Odegaard dibawa ke kelab sebelum Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko menambah lagi kualiti dalam barisan kelab musim panas ini.

Arteta berminat untuk meneruskan pembelian selanjutnya sebelum tarikh akhir dengan Pedro Neto sangat aktif dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates. Corak berbelanja bebas Arsenal sejak beberapa tahun lalu telah menimbulkan kebimbangan daripada UEFA.

Arsenal antara 20 kelab dalam senarai pantau Financial Fair Play UEFA

Perbelanjaan Arsenal baru-baru ini agak luar biasa memandangkan mereka tidak bertanding dalam Liga Juara-Juara Eropah – penjana pendapatan yang besar – sejak 2017. The Gunners juga tidak terlibat dalam mana-mana pertandingan Eropah musim lalu.

Kewangan kelab untuk tahun 2021/22 dikatakan telah menimbulkan kebimbangan daripada UEFA, menurut The Times. Bagaimanapun, akaun untuk tahun kewangan itu masih belum difailkan dan keadaan boleh berubah sebaik sahaja ia diserahkan kepada UEFA.

“Orang dalam Arsenal menegaskan mereka mematuhi peraturan UEFA dan tidak menerima amaran daripada badan induk Eropah,” tulis laporan itu.

Analisis kewangan menyeluruh yang dijalankan oleh Swiss Ramble yang hebat memberi gambaran yang tidak menyenangkan bagi Gunners, yang mengalami kerugian sebelum cukai ketiga terbesar dalam Liga Perdana antara 2018 dan 2021 (£213m).

Walaupun Liga Perdana membenarkan kerugian £35 juta setahun, peraturan FFP UEFA adalah lebih ketat dan mereka hanya membenarkan kerugian kira-kira £25 juta dalam tempoh tiga tahun.

Swiss Ramble menyatakan beberapa kebimbangan mengenai kewangan kelab, tetapi Arsenal tetap yakin mereka bahawa sudah cukup untuk mematuhi peraturan FFP.

Arsenal pada musim ini memulakan kempen liga dengan cemerlang. 3 kemenangan daripada 3 perlawanan pertama mereka.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan