Rundingan Kontrak Kante Tertangguh Kerana Isu Kecederaan

Rundingan perpindahan N’golo Kante ke Al Ittihad kini berdepan dengan masalah. Ianya selepas pemeriksaan medikal ke atas Kante.

Kante yang baru pulih dari kecederaan memiliki rekod kecederaan yang agak kerap sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Sebelum ini dia disisihkan selama 6 bulan kerana masalah kecederaan hamstring.

Sumber daripada Al Ittihad menyebut bahawa rundingan kontrak Kante kini bergantung kepada keputusan pemeriksaan perubatan pemain itu sebelum dia ditawarkan tawaran akhir.

Pada Selasa, kelab berpangkalan di Jeddah itu dengan rasminya memperkenalkan Karim Benzema sebagai pemain baharu mereka.

Dan ianya menjadi penandatanganan terbesar di dalam sejarah kelab itu. Benzema, 35, merupakan pemenang Ballon d’Or dan juga juara 5 kali UCL.

Benzema menyertai rakan baiknya Cristiano Ronaldo yang terlebih dahulu datang ke Al Nassr selepas Piala Dunia 2022.

Benzema menerima gaji sekitar €200 juta semusim selama 3 tahun.

Al Ittihad berharap mereka akan dapat mengumumkan N’golo Kante beberapa hari kemudian.

Malangnya, keputusan perubatan Kante membuatkan rundingan kini masih berada di tahap awal dan tertangguh seketika.

Al Ittihad menegaskan bahawa mereka perlu berhati hati dalam menawarkan kontrak kepada Kante. Kerana perlu mengambil kira isu rekod perubatan.

Kontrak yang ditawarkan kepada Kante sangat besar. Di mana pemain itu ditawarkan kontrak €100 juta semusim di kelab itu.

Kante kini bergelar ejen bebas selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan Chelsea.

Baca yang lain