Sacchi Jelaskan Pandangan Secara Taktikal Bagaimana Inter Boleh Mengalahkan Man City

Bekas jurulatih legenda AC Milan percaya Inter Milan boleh menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara walaupun ia bukan perlawanan pilihan untuk pasukan Itali itu.

Ketika ditanya bagaimana Inter boleh menghentikan Haaland, pengurus legenda itu berkata, sebenarnya Inter tidak mampu melakukannya. Kecuali mereka membawa senapang patah.

Sacchi menegaskan, Inter tidak perlu memikirkan soal Haaland terlalu banyak sebaliknya fokus kepada disiplin berpasukan dan bermain dalam taktikal.

Jika Inter dapat bermain secara berpasukan sepanjang masa, Sacchi yakin pasukan Itali itu akan mampu mengalahkan Man City.

Sacchi memberitahu Gazzetta dello Sport: “Bagaimana Inter boleh menghentikan Erling Haaland? Dengan senapang patah… Ok lupakan lawak tu, bek sayap Inter akan disambungkan kepada pemain sayap City.”

“Ini bermakna Haaland akan bersendirian di antara tiga pertahanan tengah mereka. Jika salah seorang daripada tiga bek itu tidak menutup De Bruyne atau pemain lain yang memotong masuk, Man City akan mengatasi jumlah pemain Inter di bahagian tengah.”

Dia menerangkan taktik Inter untuk pertembungan itu nanti. Di mana Inter akan berdepan beberapa perkara yang harus dalam pertimbangan mereka.

Miasalnya, Inter mungkin perlu memikirkan soal pemain yang akan melakukan serangan balas jika mereka terlalu ramai bertahan.

Sacchi yakin Inter tak akan bermain dengan high pressing.

“Dalam latihan, dengan 5-3-2, kerana Simone Inzaghi menggunakan lima di belakang pertahanan dan bukan tiga, anda kehilangan pemain untuk membina serangan atau menekan tinggi.”

Adakah Inter akan mampu mengatasi City dengan cara hanya bertahan?

Sacchi menambah, Inter boleh menang dengan syarat mereka harus melakukan serangan balas pantas yang berkualiti setiap kali merampas bola daripada City.

Ini untuk membuatkan City tidak terlalu bermaharajalela dan ia sebagai amaran tentang apa yang City bakal hadapi jika membiarkan pemain Inter menyerang balas.

Sacchi memberikan contoh, ketika AC Milan berdepan dengan Careca dan Maradona satu ketika dahulu, mereka melakukan tekanan yang teratur dan bukannya semberono agresif.

“Apabila Milan saya berdepan Napoli dengan Maradona dan Careca, saya bimbang untuk tidak melakukan tekanan dengan membiarkan dua bintang ini mendapat bola. Jadi saya meminta tekanan yang teratur pada pembawa bola.”

“Bagaimanapun, Inter tidak akan banyak menekan. Saya fikir mereka akan menyediakan permainan berdasarkan perhatian pertahanan dan serangan balas pantas.”

Sacchi menambah lagi, hanya dengan formasi, sesebuah pasukan itu tidak akan mampu menang. Sebaliknya elemen mentaliti juga penting.

Sacchi berkata: “Anda tidak boleh menewaskan lawan dengan formasi, anda hanya perlu mempunyai motivasi yang kuat, semangat berpasukan yang tinggi dan pelan permainan yang meningkatkan kualiti kolektif dan individu.”

“Inter harus melakukan serangan balas dengan baik, mereka perlu fokus pada perkara ini dan menakutkan Man City dengan serangan pantas supaya mereka tidak berasa bebas untuk bermain seperti yang mereka mahu.”

“Anda tidak boleh berdiam diri selama 90 minit menentang Man City, kerana lambat laun mereka akan menjaringkan gol terlebih dahulu.”

Baca yang lain