Sadio Mane Tumbuk Sane

Sadio Mane dilaporkan bengang dan terus menumbuk Leroy Sane.

Pergaduhan antara kedua dua pemain tercetus selepas Sane dilaporkan mengeluarkan kata kata kesat kepada Sadio Mane ketika kunjungan Bayern Munich ke Man City.

Bayern dikalahkan 3-0 di Etihad oleh Man City.

Selain daripada kekalahan yang menyakitkan, berlaku insiden melibatkan Sadio Mane. Pemain yang mungkin yang terakhir korang akan fikir terlibat dalam insiden seperti ini.

Segalanya bermula apabila Sane menghantar bola kepada Mane pada babak akhir permainan. Namun Mane gagal menerima hantaran itu kerana berlari lebih awal ke hadapan.

Mane mungkin menjangkakan Sane melakukan hantaran lolos ke hadapan. Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Jelas sekali Sane menyatakan sesuatu kepada Mane selepas itu.

Dan ianya menjadi punca kenapa kedua dua pemain menjadi panas.

Sane dan Mane kemudian bertikam lidah ketika wisel penamat. Dan dileraikan akan sepasukan.

Mane yang masih tak puas hati dengan kata kata yang digunakan Sane kepadanya telah meminta penjelasan ketika mereka di dalam terowong menuju ke bilik persalinan.

Ketika di bilik persalinan Mane telah meletupkan muka Sane dengan penumbuknya. BILD melaporkan bibir Sane pecah dan cedera.

Rakan rakan mereka sekali lagi meleraikan dua pemain itu daripada terlibat dalam insiden lebih serius.

Beyern dan Thomas Tuchel masih tidak mengeluarkan sebarang komen lagi.

Apa yang pasti jika benar Mane menumbuk Sane, pemain itu mungkin bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

Mane telah menyertai Bayern musim ini dari Liverpool.

Dan dia bergelut dengan prestasi di Bayern. Ini kerana Mane banyak diganggu oleh masalah kecergasan dan kecederaan.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.