Saham United Melonjak £212 Juta, Pengumuman Ronaldo Di’tweet’ Semula 1.6 Juta Kali

Nilai pasaran saham Manchester United melonjak serta merta seebaik sahaja kelab mengumumkan pembelian Cristiano Ronaldo.

Difahamkan, saham tersebut melonjak mendadak sebanya £212 juta pada Jumaat gara gara Ronaldo.

Pada Khamis, Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City. Ramai peminat kecewa mendengarnya dan mempersoalkan kesetiaannya kepada Man United.

Wayne Rooney menganggap, jika Ronaldo menyertai Man City, dia akan mengorbankan legasinya di Man United.

Semalam berlaku plot twist yang tidak disangka sangka. Man United memasuki gelanggang persaingan mendapatkan Ronaldo.

Ole Gunnar Solskjaer bercakap kepada wartawan bahawa beliau terkejut dan tak menyangka bahawa Ronaldo akan meninggalkan Juventus.

Sambil menyatakan bahawa Ronaldo tahu bahawa Man United sentiasa ada ‘di sini’ – menunggunya pulang.

Difahamkan, Ronaldo terus menolak semua tawaran lain sebaik sahaja mendengar Man United mahukan beliau.

Man City menarik diri daripada persaingan, dan mereka tak pernah melakukan bidaan rasmi ke atas pemain itu. Walaupun sudah beberapa hari Juventus menunggunya.

Ronaldo bermain 3 musim untuk Juventus, menjaringkan 81 gol daripada 97 perlawanan dan membantu Old Lady memenangi Serie A dua kali.

Kontraknya di Juventus berada pada tahun akhir. Dan tidak ada tanda tanda Ronaldo mahu melanjutkannya. Juventus masih mahu Ronaldo kekal, dan pada masa yang sama memikirkan bahawa mereka tak rela membiarkan Ronaldo pergi secara percuma.

Lalu mereka meletakkan tanda harga diskaun £25 juta untuk pemain itu.

United akhirnya berjaya mendapatkan semula legenda kelab mereka. Ronaldo diumumkan pulang semula ke Theatre of Dreams selepas 12 tahun.

Ketika Ronaldo diumumkan secara rasmi, saham Man United meningkat mendadak sebanyak 9.8%.

Pada sebelah pagi, nilai saham dibuka pada $17.38 (£12.62) dan kemudian menjadi $19.09 (£13.87) pada waktu kemuncaknya.

Bermakna, secara keseluruhan, nilai pasaran kelab melonjak sebanyak $293 juta (£212 juta).

Pengumuman Cristiano Ronaldo menyertai semula Man United telah ditweet semula lebih 1.6 juta kali setakat ini.

Ini adalah kuasa populariti yang dimiliki oleh atlet yang paling tinggi publisiti komersial di dunia, Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini Ronaldo pernah membuatkan saham Coca Cola jatuh teruk gara gara tindakannya yang menyisihkan botol coca coca ketika sidang media Euro 2020.

Kisah Coca Cola terkena tempias Ronaldo

Dalam sidang media sebelum aksi berdepan Hungary, Ronaldo dengan pengurusnya berada di atas podium untuk temuramah.

Sebaik sahaja duduk di situ, Ronaldo menunjukkan reaksi kurang senang melihat ada dua botol Coca Cola di hadapannya.

Tidak semena mena, pemenang Ballon d’Or 5 kali itu telah melakukan tindakan yang tidak dijangka oleh penganjur. Dia mengalihkan dua botol Coca Cola itu.

Sehingga ianya tidak kelihatan lagi dari frame kamera yang merakam Ronaldo.

Paling gila, Ronaldo menunjukkan reaksi dia menegah orang ramai meminum Coca Cola dan mengajak mereka meminum air kosong.

Selepas menolak dua prop itu ke tepi, Ronaldo mengangkat botol air mineral dan berkata: ‘Agua’ yang bermaksud air kosong dalam bahasa Portugis.

Respon dari Coca Cola

Coca Cola bertenang dalam isu prop minuman mereka dialihkan oleh para pemain dalam kejohanan anjuran mereka,

Coca Cola menyatakan, setiap orang mempunyai pilihan  untuk minuman masing-masing. Di samping itu, setiap orang mempunyai selera dan keperluan yang berbeza.

Coca Cola kemudian menegaskan bahawa para pemain diberikan dua pilihan sekiranya mereka mahu minum Coca Cola.

Jurucakap Coca Cola berkata: “Pemain ditwarkan dengan dua pilihan iaitu Coca Cola dan Coca Cola Zero Sugar, semasa tiba di sidang media kami.”

Gara gara tindakan Ronaldo, saham Coca Cola dilaporkan mengalami kerugian bernilai $4billion atau sekitar RM16.5billion menurut Marca. Hanya dengan tindakannya mengeluarkan 2 botol coca cola yang merupakan prop penaja.

Cristiano Ronaldo terkenal sebagai seorang yang menyokong gaya hidup sihat dan bukan peminat minuman ringan seperti Coca Cola.

Beberapa bulan lalu, Ronaldo berkongsi pengalaman beliau menentang tabiat anaknya yang suka minuman berkarbonat.

“Kadang-kadang anak saya minum Coca Cola dan Fanta, makan kerepek, dan dia tahu saya tidak suka,” kata Ronaldo.

Ronaldo turut menyatakan dia memang ada rasa kesal melarang kanak kanak makan makanan sebegitu yang menjadi kesukaan mereka.

Namun Ronaldo menegaskan bahawa beliau terpaksa berbuat demikian kerana anaknya sendiri yang sudah memutuskan untuk bermain bola sepak. Di mana Cristiano Jr merupakan pemain akademi Juventus.

Oleh itu Ronaldo terpaksa bertegas dalam membimbing anaknya dalam soal latihan kecergasan dan juga pemakanan.

Baca yang lain