Saksikan On The Line Clearance James Milner Yang Marvelous

James Milner telah melakukan satu on the line clearance yang sangat merecik dalam aksi berhadapan dengan Bournemouth.

Liverpool menjamu kunjungan pasukan Bournemouth di Anfield untuk aksi ke-29 liga perdana Inggeris.

Antara detik yang mencuri tumpuan adalah ketika James Milner menafikan percubaan lob oleh Ryan Fraser pada separuh masa kedua.

Lob itu sudah pun mengatasi Adrian yang cuba memenangi bola.

James Milner melakukan clearance yang sangat padu itu pada kedudukan Liverpool mendahului hanya 2-1.

Dan jika bola itu masuk mungkin Liverpool akan keciciran 2 mata di Anfield. Cerita lain mungkin berlaku malam ni.

Saksikan di sini:

Konsentrasi yang sangat baik ditunjukkan oleh Encik Milner ketika melakukan clearance itu. Kalau tersilap sikit boleh own gol tu.

Berikut adalah catatan statistik James Milner:

James Milner vs Bournemouth:

4 Clearances
3 Blocked shots
1 interceptions
2 Tackles
5/7 Ground Duels
2/2 Aerial Duels
87% Passing Accuracy
1 Clearance off the line.

Pemain berusia 34 tahun itu jelas sekali menunjukkan aksi cemerlang beliau dalam aksi penting hari ini.

Liverpool menang 2-1 ke atas Bournemouth. Liverpool terlebih dahulu ketinggalan di belakang menerusi gol Callum Wilson.

Namun Liverpool berjaya bangkit menerusi dua gol oleh Mo Salah dan Sadio Mane.

Sekaligus mengakhiri badi kalah 3 games daripada empat perlawanan sebelum ini.

Liverpool turut menang 22 perlawanan berturut-turut di Anfield. Rekod terbanyak dalam sejarah EPL.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool mendahului City dengan 25 mata sekurang kurangnya untuk 24 jam.

Liverpool turun dibezakan hanya 3 kemenangan lagi daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kemarau kejuaraan yang sangat panjang.

Baca yang lain