Salah: “Saya Nak Terus Kekal Di Liverpool, Namun Ianya Terpulang Kepada Kelab”

Mohamed Salah masih belum melanjutkan kontraknya bersama dengan Liverpool. Lantas spekulasi tentang masa depan pemain antarabangsa Mesir itu mulai menjadi bualan.

Real Madrid antara kelab yang dikaitkan dengan penggempur sensasi Liverpool itu. Dan sudah ada desas desus, Real Madrid sanggup menawarkan Eden Hazard ditambah dengan wang tunai untuk mendapatkan Mo Salah.

Namun dalam satu wawancara terbaru bersama dengan Sky Sports, Salah menegaskan bahawa beliau mahu terus kekal bersama Liverpool.

Kalau boleh dia mahu kekal sehingga akhir karier bola sepaknya. Namun Salah memberitahu bahawa, situasi kontrak bukan di dalam kawalannya.

Kontrak semasa pemain berusia 29 tahun itu akan berakhir pada 2023. Dan Liverpool kini sedang agak cemas dengan situasi kontrak Salah.

Bercakap kepada Sky Sports, Salah berkata: “Ini bukan bergantung di tangan saya. Namun jika kamu tanya, sama ada saya mahu terus kekal di sini? Ya, saya mahu terus kekal di Liverpool sehingga hari terakhir karier bola sepak saya.”

“Namun saya tak boleh bercakap banyak tentangnya, sebab ianya bukan di tangan saya. Ianya terpulang kepada kemahuan kelab. Bukan terpulang pada saya.”

“Buat masa ini, saya tak dapat membayangkan saya akan bermain menentang Liverpool. Itu akan membuatkan saya sedih.”

“Ianya sukar. Saya tak nak bercakap tentangnya. Namun saya pasti akan sedih untuk membayangkan saya bermain menentang Liverpool. Tapi kita akan tengok nanti, apa yang akan berlaku di masa akan datang.”

Salah sekali lagi menunjukkan prestasi memukau pada musim ini setakat ini. Di mana Salah sudah menjaringkan 12 gol daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan.

Salah menjadi pemain terpantas dalam sejarah Liverpool untuk menjaringkan 100 gol pada September, dan kelima terpantas dalam sejarah EPL untuk menjaringkan 100 gol. Di mana Salah melakukannya hanya dalam 162 perlawanan.

Buat masa ini, Salah sudah menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut turut. Dua golnya berdepan dengan City dan Watford dianggap calon untuk gol tercantik musim ini.

Hujung minggu ini fokus Salah adalah aksi Titanic berdepan dengan Man United.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.