Salt Bae Persoalkan Pelaburannya Di London Selepas Restorannya Disenarai Top 100 Paling Teruk

Ia kini berada di kedudukan nombor 17,423 daripada 17,493 restoran London. Restoran itu berada di tangga ke-69 tangga  dalam kategori tempat makan paling teruk, lapor The Independent.

Ulasannya sangat teruk sehingga menyebabkan Sal Bae atau Nusret Gökçe mempersoalkan pelaburannya di London dan mungkin terpaksa menutup cawangan di situ jika keadaan berterusan.

Hanya mendapat dua bintang daripada 132 ulasan setakat ini. Antaranya, 74 pengulas melabelkan pengalaman mereka di restoran itu sebagai “mengerikan”, manakala 10 berkata ia “teruk sangat” dan 5 lagi meletakkannya sebagai “biasa biasa je untuk harga semahal itu”.

Hanya 30 orang yang menilai restoran itu “cemerlang”.

Jika seseorang melihat ulasan di Tripadvisor, mereka tidak akan menjumpai ulasan yang baik untuk Salt Bae.

“Adakah lebih baik di Harvester atau pub tempatan. Dan harganya adalah tidak masuk akal hanya untuk beberapa idea media sosial yang terlalu digembar-gemburkan [ovehyped] tentang bagaimana rasa makanan, hanya kerana beberapa “selebriti” telah berada di sana…. Jauhi tempat ni!!!” kata seorang pengulas.

“Memandangkan berapa banyak yang anda bayar; perkhidmatannya teruk. Mereka menukar meja kami dua kali untuk memuatkan pelanggan yang walk-in,” kata pelanggan lain.

“Kami diarahkan oleh kakitangan untuk memesan segera dan kemudian diarahkan membayar bil segera dan beredar segera. Mereka membawa bil kepada kami ketika kami masih belum menghabiskan pencuci mulut! Tidak berbaloi dengan harganya,” marah pelanggan lain.

Nusret Gökçe menjadi sensasi internet beberapa tahun yang lalu selepas teknik uniknya menyediakan dan perasa daging menjadi meme Internet, menjadikannya sebagai “Salt Bae”. Dia kini menghabiskan masanya di banyak restoran mewahnya yang memenuhi keperluan selebriti dan ahli politik terkenal.

Pembukaan restoran Salt Bae di London mendapat sambutan hangat, tetapi orang ramai terkejut dengan harga yang tinggi. Cuma, apabila meletakkan harga yang tinggi, orang akan mengharapkan servis yang sesuai dengan harganya.

Dengan komen yang teruk diterimanya, Salt Bae dikatakan mungkin akan mempertimbangkan untuk menutup cawangannya di London. Walaupun sebelum ini dia menafikan mahu meninggalkan London, kerana menurutnya dia sangat sayangkan London dan suka kehidupan di sana.

Beberapa bulan yang lalu, restauran Salt Bae terlibat kontroversi kerana mendesak pelanggannya agar makan cepat cepat jangan lebih 2 jam. Ada yang hanya diminta makan di steakhouse tersebut cuma 30 minit.

Malah ada yang menyatakan bahawa, makan cepat cepat tidak sihat untuk pencernaan dan penghadaman.

Alasan Salt Bae berbuat begitu kerana terlalu ramai pelanggan yang mahu makan di restaurant Nusr-Et. Selepas membuat tempahan slot atau tempat duduk, diberikan pula amaran agar meninggalkan restaurant segera.

Tindakan itu ternyata tidak menyenangkan ramai orang. Kerana ianya dianggap memaksa. Dah la bayar mahal mahal. Ada juga yang menyatakan bahawa, tanggungjawab membesarkan saiz restaurant adalah tanggungjawab Salt Bae.

Beberapa bulan sebelumnya, Salt Bae dituduh membuang semua reviu negatif di Google tentang restaurant beliau. Kemudian diikuti kontroversi gaji pekerja yang terlalu rendah berbanding dengan harga makanan yang dia jual.

Walaupun pelbagai kritikan diterima, Salt Bae kekal bertahan. Kerana dia sayangkan London. Dia malah ia selalu menganggap London adalah impiannya, semalam, hari ini, selamanya dan setiap hari.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali