Scholes Dituduh Perlekeh 5 Peraturan Ketat Ten Hag, Namun Sebenarnya Dia Troll Pemain United Hari Ini

Paul Scholes dituduh telah menyindir dan memperlekehkan 5 peraturan ketat Ten Hag di Manchester United.

Ten Hag sendiri sudah menyatakan bahawa dia mahu menghapuskan kuasa pemain di Manchester United yang telah membelenggu kelab itu sekian lama sejak pemergian Sir Alex Ferguson.

Berikut adalah 5 peraturan ketat Ten Hag

1. Jangan bocorkan rahsia bilik persalinan

Maklumat yang bocor dari dalam bilik persalinan adalah masalah utama musim lalu. Ten Hag telah memberitahu pemain mereka akan dibuang dari pasukan jika mereka didapati bersalah berbuat demikian.

Isu bilik persalinan Man United memang agak luar biasa dalam beberapa musim ini. Daripada pemain yang tidak sehaluan dengan pengurus sehinggalah rahsia kelambu pasukan mereka bocor ke tangan media begitu sahaja.

Pemai diingatkan agar tidak mengadu kepada ejen. Ten Hag mahu pemain datang kepadanya jika mereka mempunyai masalah dan bukan ejen mereka.

Jelas Ten Hag tidak akan melayan sebarang perkara mengarut daripada pemainnya.

Rio Ferdinand dan Gary Neville pernah bersuara tentang perkara ini. Di mana ramai ejen pemain di Manchester United menjadi punca kenapa pemain mereka semakin besar kepala.

2. Tak boleh ambil alkohol pada minggu perlawanan

Pemain yang kantoi minum minuman keras akan digugurkan daripada tugasan.

3. Hukuman kerana lewat ke latihan atau mesyuarat pasukan

Ten Hag akan menggugurkan pemain daripada tugasan perlawanan, jika mereka lewat ke latihan atau mesyuarat pasukan. Dia akan menghukum semua pemain tanpa mengira mereka superstar atau tidak.

4. Makan apa yang disediakan oleh kelab

Pengurus asal Belanda itu telah mengharamkan chef peribadi dan mahu pemain makan apa yang disarankan oleh pakar nutrisi kelab. Dia telah merombak menu di kompleks latihan Carrington mereka, dengan ciri-ciri ikan dan sayur-sayuran yang lebih menonjol berbanding sebelum ini.

Cristiano Ronaldo antara pemain yang terkejut melihat menu di kompleks sukan Manchester United sebelum ini. Dia meminta diet khas daripada kelab dan Ralf Rangnick dilaporkan mengarahkan pemain lain mengikut rutin pemain legenda itu.

Selain itu pemain juga dilarang mengambil alkohol pada minggu yang ada hari perlawanan.

5. Indeks jisim badan (BMI) diperiksa setiap bulan

Ten Hag mahu memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik mereka pada setiap masa. Setiap pemain United telah menyediakan pelan diet yang dibuat khas.

Ten Hag mahukan para pemainnya sentiasa berada dalam kondisi fizikal terbaik mereka dan tidak terlebih lemak ataupun bahasa mudahnya tak gemuk.

Scholes sindir peraturan Ten Hag?

Scholes menyiarkan tangkapan skrin peraturan baharu Ten Hag pada cerita Instagramnya dengan kapsyen sarkastik: ‘Tidak pasti saya akan mampu melaluinya tanpa chef peribadi saya dan tanpa ejen untuk mengeluh.’

Scholes seolah memberitahu, amat sukar untuk seseorang pemain profesional itu tidak mengupah cef peribadi mereka dan tidak meluah kepada ejen apabila mereka ada masalah.

Namun sebenarnya Scholes cuba menyindir para pemain pada hari ini. Hal ini kerana Scholes tak pernah ada cef peribadi atau ejen ketika dia bermain dulu.

Dia menyindir, bagaimana dia boleh meneruskan kariernya tanpa semua itu.

Oleh sebab itu Scholes dengan mudah berunding dan keluar persaraan ketika diminta Sir Alex Ferguson pada satu ketika dahulu. Sebab dia tak perlu melalui ejen.

Bekas pemain tengah berusia 47 tahun itu tahu bagaimana rasanya bilik persalinan yang menang di Old Trafford, setelah memenangi 19 trofi utama dalam lebih 700 perlawanan bersama kelab itu.

Kesemua trofi itu berada di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson, yang Ten Hag mungkin cuba contohi dengan tumpuannya terhadap disiplin dan bola sepak menyerang.

Scholes telah lantang mengenai Ten Hag pada masa lalu, memberitahu Premier League Productions pada bulan April: ‘Pengurus ini memerlukan sokongan sekarang, dia telah dibawa masuk ke kelab untuk benar-benar mengubahnya.’

‘Satu-satunya isu ialah, siapa yang akan membantunya di bahagian semua urusan itu? Saya tahu di Ajax dia mempunyai Edwin (van der Sar) dan Marc Overmars. Dia sentiasa mempunyai seseorang untuk membantunya.’

Ten Hag akan mempunyai Steve McClaren sebagai Penolong pengurus, seorang yang biasa dengan United selepas menjadi pembantu Ferguson.

Dan Ten Hag pernah bekerja bersama  McLaren di Twente, tetapi Scholes merasakan legenda berusia 60 tahun itu lebih baik diletakkan dalam ‘peranan penasihat. ‘

Falsafah baharu United yang ketat perlu dihayati sepenuhnya oleh para pemain jika mereka mahu memperbaiki kedudukan di tempat keenam musim lalu.

The Red Devils menamatkan dengan pungutan mata terendah Liga Perdana musim lalu dan gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan