Scott McTominay Pastikan United Tewaskan Chelsea, Red Devils Cetak 28 Percubaan Dalam Perlawanan Ini

Manchester United bangkit daripada kekalahan di tengan Newcastle sebelum ini untuk mencatatkan kemenangan penting ke atas Chelsea di Old Trafford.

Selepas melalui minggu yang penuh tekanan, skuad bimbingan Erik Ten  Hag membuktikan bahawa mereka benar benar lebih dahagakan kemenangan.

Chelsea yang bergelut setakat ini, telah mengalami kekalahan keenam mereka pada musim ini.

Scott McTominay menjadi wira Man United. Penjaring terbanyak United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, setakat ini, telah mencetak 2 lagi gol.

McTominay menjaringkan gol pada minit ke-19 dan juga minit ke-69.

Sementara gol tunggal Chelsea dijaringkan oleh bekas pemain Man City iaitu Cole Palmer. Di mana gol itu sempat mengikat perlawanan 1-1 pada minit ke-45.

Malang sekali Chelsea tidak ada kemampuan untuk menyekat United yang mendapatkan gol kemenangan pada separuh masa kedua, yang ternyata United sangat berhak mendapatkannya.

United benar benar bermain dengan sangat baik kali ini. Mereka melakukan banyak sekali percubaan ke arah gawang Chelsea. Lebih 2 kali ganda lebih banyak daripada Chelsea.

United melakukan 28 shots on goal dalam perlawanan ini berbanding 13 sahaja oleh Chelsea. Satu satunya perkara yang negatif daripada Man United kali ini adalah terlepas sangat banyak sangat peluang gol. Selainnya, mereka menunjukkan aksi berkelas dunia.

McTominay dan Amrabat mendominasi bahagian tengah mengatasi gandingan £200 juta Chelsea iaitu Enzo Fernandez dan juga Moises Caicedo.

9 percubaan United adalah tepat membuktikan bahawa Chelsea sebenarnya agak bernasib baik kerana tidak kalah dengan jumlah lebih besar.

Dengan kemenangan ini, Man United kini berada di tangga keenam. Jumlah mata sama dengan Spurs yang berada di tangga kelima, namun skuad Ange Postecoglou itu masih ada satu perlawanan kurang dalam tangan mereka.

Chelsea mempersiakan peluang mereka untuk memintas West Ham yang berada di tangga ke-9.

Pochettino terus mendapat tekanan. Kerana sekali lagi Chelsea mencatatkan kekalahan ketika pasukan mereka dilihat melakukan perkembangan positif sebelum ini.

Chelsea kelihatan semakin sukar untuk kembali ke UCL musim hadapan jika mereka tidak melakukan perubahan drastik selepas ini.

Seterusnya Man United akan bermain dalam aksi hidup mati mereka untuk UCL iaitu dengan menentang Bayern Munich. Dan kemudian akan berkunjung ke Anfield menentang Liverpool.

Nota positif dari aksn menentang Chelsea ini boleh menjadi tonik berharga buat pemain pemain United untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan besar mereka yang seterusnya.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah