Segelintir Penyokong Bayern Mahu Mane Berambus Dari Kelab Mereka

Sadio Mane terlibat dalam pergaduhan dengan Leroy Sane. Di mana dia telah menumbuk bibir Sane sehingga pecah.

Ianya gara gara Mane bengang dengan kata kata Sane yang kesat kepadanya.

Insiden itu bermula daripada pertikaman lidah antara kedua dua pemain di atas padang. Melarat ke selepas wisel penamat dan berakhir dengan tumbukan Mane di bilik persalinan.

Rakan rakan mereka yang lain telah meleraikan kedua dua pemain itu.

Sadio Mane dijangka akan meminta maaf di hadapan kesemua pemain lain selepas melakukan serangan fizikal ke atas rakan sendiri.

Menurut wartawan Sky Sports Jerman, Florian Plettenberg: “Mane sudah pun tiba di pusat latihan pagi ini. Dia tersenyum.”

“Pengurus sudah berbincang dengannya tentang beberapa hukuman yang boleh diambil ke atasnya, termasuk denda dan penggantungan malah proses pemisahan [Mane dengan Sane].”

“Pasukan Bayern berlatih 11 pagi. Dia dijangka akan meminta maaf di hadapan satu pasukan.”

Di ruangan komen ramai peminat Bayern mahu Mane berambus daripada kelab mereka. Ini kerana menurut mereka Mane tidak sebagus yang mereka harapkan.

Sadio Mane berdepan dengan krisis prestasi musim ini terutama sekali kerana impak kecederaan yang melandanya.

Segelintir peminat Bayern berharap kelab mengambil langkah drastik dengan menyingkirkan Mane atau membuat pemisahan / separation.

Sambil meminta agar kelab serta merta membuang Sadio Mane yang dianggap tidak cukup bagus.

Ini bermaksud Mane mungkin akan ditolak ke pasukan pembangunan buat sementara waktu.

Ada yang berharap Bayern menjual Mane ke Arab atau China selepas ini dan tidak perlu untuk Mane meminta maaf. Kerana mereka tak kisah.

Namun begitu ada ramai juga yang masih kekal menyokong Mane. Menurut mereka, Mane seorang yang baik dan dia pastinya akan memperbaiki kesalahannya di masa akan datang.

Sambil seorang lagi berkata, melepaskan Mane ketika ini adalah satu kerugian kerana kelab itu tak mendapat lagi potensi yang diharapkan daripada pemain itu.

Baca yang lain