Sehari Selepas Aksi Menakutkan Griezmann, Mason Greenwood Jadi Sasaran Real Madrid Dan Barcelona

Prestasi luar biasa penyerang sayap England, Mason Greenwood sejak bersama Getafe secara pinjaman dilaporkan telah menarik minat dua gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona.

Bukan itu sahaja ada beberapa kelab gergasi lain sedang memantau perkembangannya di Getafe. Apa yang benar benar mengkagumkan mereka adalah, keupayaan Greenwood kekalkan kualiti permainannya walaupun digantung lama daripada aksi bola sepak.

Seolah olah dia tak pernah digantung. Kini dia menjadi sasaran kelab yang bukan calang calang. Real Madrid dan Barcelona – menurut laporan Marca.

Agak menarik kerana berita itu muncul hanya sehari selepas Antoine Griezmann menyatakan bahawa Greenwood membuatkan Atletico jadi cemas dengan prestasinya yang menakutkan.

Antoine Griezmann mengakui Atletico Madrid tidak dapat menghalang pergerakan pemain sayap itu ketika menentang Getafe dalam Liga Sepanyol baru baru ini. Di mana Griezmann mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab bersama dengan Luis Aragones.

Atletico Madrid gagal memperoleh mata penuh dalam perlawanan tersebut. Walaupun Greenwood tidak menjaringkan gol dalam perlawanan itu, Griezmann tetap menganggap dia ancaman utama.

“Memang memalukan kerana kami berusaha keras dengan sepuluh pemain,” kata Griezmann.

“Amat memalukan bahawa Savic telah melakukan dua kesalahan dan mendapat dua kad kuning.”

“Greenwood benar-benar menyakiti kami. Kami tidak dapat menghalangnya pada separuh masa kedua dan dua gol telah dijaringkan mereka.”

“Dia benar-benar menyusahkan,” kata bekas pemain Barcelona itu.

Dan kini Greenwood menjadi sasaran oleh Real Madrid dan juga Barcelona. Selain itu dua lagi kelab lain yang memantau perkembangan Greenwood adalah Chelsea dan PSG.

Mason Greenwood kini menjadi pemain yang paling menyerlah dari segi prestasi di La Liga dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Greenwood sebelum ini berehat panjang daripada bola sepak selepas kes dia memukul teman wanitanya. Namun kesemua pertuduhan jenayah ke atasnya digugurkan atas kehendak mangsa.

United kemudian memutuskan untuk menjauhkan diri buat seketika dengan pemain itu, ianya selepas kelab selesai membuat siasatan dalaman mereka sendiri.

United meminjamkannya ke Getafe. Dan tidak menolak kemungkinan akan menyerapnya semula ke dalam pasukan Red Devils.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang