Sejarah 8 Gol 1 Perlawanan, Kebangkitan 5 Minit Terakhir & OG Pelik Hiasi Kemaraan Sepanyol

Aksi di antara Croatia dan Sepanyol telah mencipta sejarah baharu sebagai perlawanan paling banyak gol dalam pusingan akhir Euro.

Hiburan apa lagi yang anda cari dari bola sepak? Semuanya ada dalam perlawanan ini.

Banyak sekali cerita dramatik dalam perlawanan ini. Daripada kesilapan ngeri penjaga gol sehinggalah episo kejar mengejar antara kedua dua pasukan. Tak lupa juga Morata pun turut skor, ajaib juga tu.

Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon  melepaskan bolos dengan OG – antara yang terburuk  – yang pernah korang lihat.

Unai gagal menahan bola yang dihantar oleh Ferran Torres kepadanya dan bola itu terus masuk.

Namun mujur Sarabia kemudian membalas gol tersebut untuk menjadikan kedudukan 1-1 sebelum rehat.  Sarabia mengambil kesempatan menerusi bola muntah dari tangan penjaga gol.

Pada separuh masa kedua Sepanyol menambah gol kedua mereka menerusi Cesar Apilicueta.

Sepanyol menambah lagi jurang gol dengan gol ketiga oleh Ferran Torres. Beliau tenang mengawal bola dan kemudian meleretkannya menerusi celah kaki penjaga gol.

Ketika Sepanyol berkira kira menamatkan perlawanan dengan kemenangan dalam 90 minit, pada lima minit terakhir perlawanan.

Mislav Orsic merapatkan jurang gol pada minit ke-85. Pengadil menerima isyarat daripada goal line technology bahawa bola telah masuk.

Sementara pada masa kecederaan Mario Pasalic mengheret perlawanan ke masa ekstra. Beliau menanduk bola dalam keadaan free header.

Pada masa ekstra, Sepanyol kembali di hadapan, kali ini menerusi Alvaro Morata pada minit ke-100 selepas menerima hantaran Dani Olmo. Morata kini menjadi penjaring terbanyak bersama Fernando Torres untuk Sepanyol dalam kejohanan Euro.

Dani Olmo yang sebenarnya pemain gantian dalam perlawanan ini, menambah satu lagi assist, kali ini untuk gol kelima Sepanyol yang disudahkan Oyarzabal.

Sepanyol menang 5-3 . Selain daripada mencipta rekod gol terbesar dalam satu perlawanan Euro, Sepanyol turut menjadi pasukan pertama yang skor 5 gol dalam dua perlawanan berturut turut.

Baca yang lain