Selepas Digantung Kerana Lupa Lukis Garisan Ofsaid, Lee Mason Letak Jawatan Sebagai Pengadil

Pengadil veteran yang sudah lama berkhidmat, Lee Mason telah meninggalkan PGMOL yang merupakan jawatankuasa pengadil Liga Perdana Inggeris.

Mason sedang menjalankan tugas VAR semasa pertembungan Arsenal menentang Brentford hujung minggu lalu dan mendapat kritikan hebat kerana prestasinya yang dianggap teruk.

Mikel Arteta sempat menuduh Lee Mason sebagai tak tahu apa skop kerjanya ketika diminat mengulas permohonan maaf daripada Howard Webb mewakili PGMOL berkaitan kesilapan VAR yang dianggap kesilapan manusia.

“Ini bukan kesilapan manusia, tetapi lebih kepada mereka tidak tahu apa kerja mereka,” kata Arteta.

Pengadil VAR berusia 51 tahun itu gagal untuk membatalkan jaringan penyamaan Brentford pada minit ke-74 walaupun Christian Norgaard berada dalam kedudukan ofsaid yang jelas apabila dia menghantar hantaran kepada Ivan Toney untuk menjaringkan gol.

Ia kemudiannya mendedahkan bahawa Mason sebenarnya terlupa untuk membuat garisan ofsaid.

Kesannya Arsenal kehilangan 2 mata. Dan Arteta berkata”

“Saya hanya akan berpuas hati kalau 2 mata kami dikembalikan.”

Kini, PGMOL telah mengumumkan pemergian Mason, yang atas persetujuan bersama.

Sebelum menjadi pegawai VAR, Mason adalah pengadil di padang selama 15 tahun dan mengendalikan 287 perlawanan di liga utama England.

Ia adalah minggu yang mengerikan bagi pegawai Liga Perdana, pada hujung minggu yang sama dengan insiden Arsenal-Brentford, rakan pegawai VAR John Brooks juga membuat kesilapan mudah.

Brooks mengawasi pertembungan Brighton and Hove Albion menentang Crystal Palace dan tersilap tidak membenarkan gol pembukaan Seagulls yang dijaringkan oleh Pervis Estupinan, garisan ofsaid diletakkan pada pertahanan Palace yang salah.

Dalam usaha untuk meningkatkan standard, Webb menganjurkan bengkel video untuk memastikan kesilapan tidak akan berulang lagi.

Baca yang lain