Selepas Dominik, Kini Aalyah Mysterio Pula Mengagumkan Vince McMahon Kerana Bakatnya

Anak perempuan Rey Mysterio, Aalyah Mysterio terus menarik perhatian krew pentas dan pegawai tertinggi di WWE, termasuk Vince McMahon sendiri.

Sebuah sumber yang dekat dengan WWE mengesahkan bahawa peminat dapat melihat lebih banyak lagi Aalyah Mysterio dalam pengacaraan WWE.

Ini selepas Aalyah terus menunjukkan pesona dan bakatnya. Pengetahuannya yang baik serta kepintarannya membuatkan segmen Aalyah terus menarik tontonan.

Segmennya di WWE RAW bersama Murphy, pada masa itu, mempunyai sekitar 1.5 juta tontonan.

Segmennya dengan Seth Rollins di mana dia mendedahkan teks mesejnya kepada Murphy menarik rating sekitar 1.9 juta tontonan, dan banyak lagi segmennya telah melebihi dua juta tontonan.

Sebenarnya, dengan angka yang berjaya diraihnya, ramai percaya bahawa anak perempuan Rey Mysterio harus diberikan kontrak sepenuh masa dari Vince McMahon.

Salah seorang sumber dalaman WWE menyatakan:

“Jangan terkejut jika Vince menawarkannya kontrak sepenuh masa. Dia melihat potensi bintang dalam dirinya. ”

“Dia hebat untuk bekerjasama. Dia ingin belajar dan jika dia ingin melanjutkan kariernya di sini atau di mana sahaja di dunia hiburan maka saya rasa dia akan berjaya.”

Selain daripada Aalyah, anak lelaki Rey Mysterio, Dominik Mysterio adalah seseorang penggusti yang pasti berpotensi tinggi di mata Vince McMahon.

Ini yang membuatkan Vince McMahon terperangkap dengan keluarga Mysterio yang berterusan mengagumkannya.

Agak ironi kerana sebelum ini McMahon sangat kedekut memberikan kontrak besar kepada Rey Mysterio.

Rey dikatakan tidak ada masalah untuk bekerja sebagai ejen bebas kerana mahu menyokong karier anaknya Dominik.

Namun ramai yang mengecam Vince McMahon kerana Rey selayaknya mendapatkan kontrak baharu yang lebih baik.

Dan kini, kemunculan Aalyah membuatkan keluarga Mysterio terus menjadi antara perkara penting dalam WWE.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan