Selepas Minta Tuchel Pakai Formasi 4-4-3, Boehly Tersilap Klaim Salah, De Bruyne Produk Akademi Chelsea

Pemilik baharu Chelsea nampaknya telah mengklaim akademi Chelsea sebagai yang terbai di dunia. Sambil memberikan contoh beberapa pemain yang dilahirkan daripada sistem akademi mereka.

Todd Boehly kemudian mengklaim Kevin De Bruyne dan Mohamed Salah sebagai antara dua nama yang dibangunkan oleh akademi Chelsea.

Boehly berkata: “Kita memiliki salah sebuah akademi terbaik di dunia. Produk akademi kita ialah Mo Salah, Kevin De Buryne, Tammy Abraham, Reece Hames, Mason Mount, Trevor Chalobah.”

Mohamed Salah dan De Bruyne menjadi bakat elit pada peak mereka. Kedua duanya merupakan antara pemain terbaik di dunia pada posisi mereka bermain.

Seterusnya nama seperti Mason Mount dan Reece James menjadi nadi penting Chelsea ketika kelab itu memenangi UCL beberapa tahun lalu. Jadi tidak hairanlah Todd Boehly berbangga dengan  sistem akademi mereka,

Tetapi seperkara yang pasti, Mo Salah dan De Bruyne bukan graduan akademi Chelsea.

Mungkin Todd Boehly agak keliru dengan status Mohamed Salah dan Kevin De Bruyne. Dua pemain tersebut bukan dari akademi Chelsea atau ditandatangani oleh akademi mereka. Sebaliknya De Bruyne dan Mo Salah sudah mendapat debut profesional di kelab lain sebelum dibeli Chelsea.

Kedua dua pemain tersebut masih muda ketika menyertai Chelsea, pada awal usia 20-an.

Sebelum ini Todd Boehly dilaporkan turut membentangkan formasi pelik kepada Thomas Tuchel.

Di mana dia meminta pengurus itu membina taktikal berasaskan formasi 4-4-3. Pertemuan tersebut agak janggal melibatkan pemilik dan pengurus kelab.

Todd Boehly mengakui bahawa dia memecat Tuchel kerana tidak yakin pengurus itu adalah orang yang tepat.

Thomas Tuchel dipecat hanya selepas 7 perlawanan pada musim ini dalam semua pertandingan. Tuchel diberikan sokongan dana hampir EUR300 juta untuk membeli pemain baharu.

Tuchel menyatakan kesedihannya dipecat kerana dia mengharapkan untuk kekal lebih lama bersama Chelsea selepas membantu kelab itu menjadi juara Eropah dan juara Dunia.

Boehly kemudian menyatakan keyakinannya ke atas Graham Potter sebagai pengurus yang berkualiti dan seorang inovator dalam taktikal.

Baca yang lain