Selepas Pecat Maldini, Milan Jual Tonali Pula

Peminat AC Milan mulai bengang dengan pengurusan tertinggi kelab itu. Sebelum ini mereka memecat Paolo Maldini daripada jawatan Pengarah Teknikal.

Musim sebelum ini, AC Milan hampir memecat Maldini, dan berlaku konflik antara pengurusan tertinggi dengan legenda Milan itu.

Ketika itu Milan juara Serie A pada akhir musim, dan Milan berjaya melanjutkan kontrak Maldini pada saat saat akhir.

Namun malangnya,  AC Milan tetap memecat Maldini pada akhir musim 2022/23. Ianya atas alasan Maldini tak cukup bagus untuk menjawat jawatannya.

Perkara itu kurang disenangi segelintir peminat yang merasakan bahawa AC Milan telah melayan legenda kelab itu dengan teruk. Sedangkan Maldini telah melakukan tugasannya dengan baik.

Kini selepas memecat Maldini, AC Milan menjual Sandro Tonali. Pemain tengah yang seringkali dianggap Pirlo seterusnya.

Sebelum ini Tonali sanggup menolak tawaran daripada Juventus yang masa itu mendominasi bola sepak Itali dan menyertai AC Milan yang sedang bergelut.

Malangnya, pemain muda itu harus pergi. Milan mahu mendapatkan wang daripda penjualan Tonali. Newcastle datang dengan tawaran rasmi sekitar £42 juta namun Milan meminta lebih.

Kini Milan sedia menerima bidaan kedua bernilai £60 juta daripada Newcastle untuk pemain tengah itu.

Peminat AC Milan mulai pelik dengan tindakan kelab yang menjual Tonali. Kerana mereka tidak memiliki pemain tengah berkualiti.

Dan ada yang mempersoalkan, siapakah yang akan dibawa masuk oleh AC Milan untuk menggantikan Tonali?

Ada peminat mulai merasakan bahawa AC Milan akan cuba melakukan perkara pelik sekali lagi selepas ini. Mendapatkan pemain pemain kurang berkualiti di bahagian tengah selepas melepaskan bintang penting kelab yang terbukti berharga.

AC Milan kemudian bercadang untuk membelanjakan wang daripada penjualan Tonali untuk mendapatkan Romelu Lukaku yang dikembalikan semula oleh jiran mereka, Inter ke Chelsea.

Lukaku tidak berminat untuk bermain di Chelsea. Dan Inter pula tidak sanggup membayar klausa beli tetap pemain itu.

Milan sedia melaburkan sekitar £35 juta untuk mendapatkan Lukaku.

Newcastle pastinya berbesar hati mendapatkan Tonali sebagai pemain penting dalam projek Eddie Howe.

Baca yang lain