Semuel Luckhurst: “Joel Glazer Campur Tangan Agar Ten Hag Jangan Sesekali Jual Ronaldo”

Erik Ten Hag sebelum ini menyatakan bahawa dia tak mahu menjual Cristiano Ronaldo. Namun penderian itu dikatakan sudah berubah. Di mana pengurus itu terbuka untuk mendengar tawaran untuk Ronaldo.

Malangnya, Joel Glazer, pengerusi bersama, telah memberikan amaran bahawa dia menentang sebarang usaha untuk menjual Cristiano Ronaldo walaupun pemain itu sendiri pernah meminta untuk dijual.

Samuel Luckhurst, koresponden MEN yang Fabrizio Romano versi informasi Manchester United telah menyatakan bahawa, Ten Hag mulai menilai semula kedudukan Ronaldo. Dan dia merasakan bahawa, dia mungkin akan terbuka menjual pemain tersebut.

Kes ini mirip kepada situasi Paul Pogba beberapa musim lalu, di mana pemilik kelab campur tangan dan menyenaraikan sendiri pemain yang dianggap ‘tak boleh disentuh’.

Ketika itu Glazer memikirkan isu komersial dan nilai harga Pogba. Perkara yang menyebabkan Mourinho akhirnya dipecat kerana berterusan menyisihkan Pogba dan melabel pemain itu virus.

Selain itu, pada 2018, Glazer pernah campur tangan dalam isu Anthony Martial. Di mana ketika itu pemain tersebut meminta untuk dijual dan pengurs bersetuju. Tetapi saat saat akhir, Glazer campur tangan dan dia meminta Ed Woodward menawarkan kontrak luar biasa kepada pemain itu. Ini kerana Glazer memang sukakan Martial dan percaya bintang itu akan menjadi pesaing untuk Ballon d’Or.

Oleh sebab itu, Martial ada klausa khas bonus untuk Ballon d’Or pada penggal pertama kontraknya dengan Man United ketika mereka membeli pemain itu dari AS Monaco.

Laporan yang sama menyebut bahawa ada dua perkara yang Ronaldo tak gembira di United. Pertamanya adalah, kegagalan bermain di UCL musim ini. Dan kedua adalah, pemotongan gaji 25% kerana gagal bermain di UCL.

Seterusnya, pasangan hidup Ronaldo, Georgina Rodríguez, juga lebih sukakan kehidupan di Sepanyol untuk membesarkan anak anak mereka. Ronaldo dikenali sebagai seirang family man yang mahukan yang terbaik untuk membesarkan anak anaknya.

Walaupun Glazer jarang datang ke Manchester untuk menyaksikan perlawanan kelab itu. Namun mereka sangat aktif berhubung dengan Richard Arnold yang merupakan CEO baru kelab itu.

Laporan Samuel Luckhurst ini tidak mengejutkan peminat Man United. Kerana mereka masih bertuankan Glazer yang sentiasa meletakkan kepentingan komersial berbanding bola sepak. Sebab itu Van Gaal pernah label United adalah kelab komersial berbanding kelab bola sepak.

Semalam Man United menafikan laporan bahawa mereka mengancam akan menamatkan kontrak Ronaldo kerana tak tahan dengan sikap pemain itu sejak akhir akhir ini – seperti yang dilaporkan Sky Sports.

Sumber Sky Sports itu mendakwa bahawa mereka mendapat maklumat bahawa Ten Hag sedia menjual Ronaldo untuk mengelakkan suasana toksik di bilik persalinan. Ronaldo dilihat dengan terbuka menunjukkan kemarahannya kepada David De Gea dan kemudian enggan pergi ke arah penyokong pelawat selepas tamat perlawanan di Brentford.

Ten Hag kini cuba mengekalkan pemain yang kurang gembira. Namun dia masih yakin bahawa Ronaldo akan menjadi pemain penting dalam projeknya. Sehinggalah baru baru ini dia mulai merasakan bahawa dia harus lebih terbuka dalam situasi Ronaldo. Tetapi sayangnya, terus mendapat panggilan daripada Joel Glazer untuk tidak sesekali memikirkan opsyen tersebut.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes masih berusaha untuk mencari jalan keluar untuk Ronaldo. Dengan beberapa kelab besar yang ditawarkannya seperti Chelsea, Atletico Madrid dan Bayern Munich semua menarik diri daripada mendapatkan Ronaldo atas pelbagai alasan.

Seterusnya, Manchester United masih memburu seorang lagi penyerang. Mereka sebelum ini terlepas Benjamin Sesko. Dan kelihatan tidak ada tanda tanda akan berjaya mendapatkan Antony.

Musim lalu, Ronaldo menjadi penjaring terbanyak di United dengan 24 gol daripada 38 perlawanan. Manakala Marcus Rashford dan Jadon Sancho masing masing dengan 5 gol. Sementara Martial menjaringkan hanya 8 gol dalam dua musim terakhirnya. Elanga masih gagl menjaringkan gol sejak Februari lalu.

Ronaldo sebelum ini dianggap watak penting dalam bilik persalinan Manchester United. Dia menjadi orang yang menyatupadukan bilik persalian United pada era Ole Gunnar Solskjaer dan juga Ralf Rangnick.

Paling penting, Ronaldo adalah ikon kelab yang menjadi inspirasi kepada pemain pemain akademi. Dia seringkali menghantar mesej video kepada pasukan akademi Man United termasuk sebelum aksi final Piala FA Remaja menentang Forest pada Mei di mana Man United menang.

Baca yang lain