Senarai 50 Penggusti Terhebat Sepanjang Zaman WWE Telah Didedahkan

The Undertaker akhirnya berundur dari dunia gusti professional selepas 30 tahun membanting tulang menghibur peminat di atas gelanggang WWE.

Ketika dalam penampilan istimewanya di acara Survivor Series, The Phenom telah mengumumkan persaraannya secara rasmi seterusnya mengakhiri karier beliau di WWE.

“Untuk tempoh 30 tahun, saya memulakan langkah perlahan menuju ke gelanggang dan merebahkan semua lawan saya dari masa ke semasa.”

Jelas Undertaker ketika hari persaraannya.

“Kini, waktu untuk saya sudah tiba. Tiba waktu untuk saya membenarkan The Undertaker untuk Rest….in…peace.”

Oleh yang demikian, WWE kini telah kehilangan salah seorang penggusti terhebat sepanjang zaman mereka.

Bintang datang dan pergi, tapi legenda seperti The Undertaker, yang berjaya mempengaruhi dan menghiburkan peminat untuk tempoh tiga dekad, ianya satu hal yang sungguh luar biasa.

Jadi di mana sebenarnya kedudukan The Deadman itu dalam senarai penggusti terhebat sepanjang zaman?

Jadi, ekoran dari hari persaraannya, para peminat telah memilih dan melakukan undian untuk menamakan 50 penggusti terhebat sepanjang zaman.

Berikut merupakan senarai 50 penggusti terhebat sepanjang zaman pilihan peminat.

50. Dean Ambrose

49. Eddie Guerrero

48. Big Boss Man

47. Christian

46. Goldust

45. John Cena

44. Junkyard Dog

43. Bruno Sammartino

42. Matt Hardy

41. Hulk Hogan

40. Rey Mysterio

39. Terry Funk

38. Diesel

37. Road Warrior Hawk

36. Chyna

35. Sgt. Slaughter

34. Road Warrior Animal

33. Rick Rude

32. Vader

31. Bam Bam Bigelow

30. Randy Orton

29. Booker T

28. Ted DiBiase

27. Chris Benoit

26. Trish Stratus

25. The British Bulldog

24. Rob Van Dam

23. Razor Ramon

22. Owen Hart

21. Jeff Hardy

20. Big Show

19. ‘Mr Perfect’ Curt Henning

18. Triple H

17. Dusty Rhodes

16. Kane

15. The Road Warriors

14. The Ultimate Warrior

13. Stone Cold Steve Austin

12. Bret Hart

11. Ricky ‘The Dragon’ Steamboat

10. Chris Jericho

9. Andre the Giant

8. ‘Macho Man’ Randy Savage

7. ‘Rowdy’ Roddy Piper

6. Kurt Angle

5. Mick Foley

4. Shawn Michaels

3. Ric Flair

2. Dwayne ‘The Rock’ Johnson

1. The Undertaker

Memandangkan The Undertaker sudah secara rasminya bersara, para peminat telah memilihnya sebagai yang terhebat sepanjang zaman dan meletakkan namanya berada di nombor satu dalam senarai.

Sukar untuk menafikan bahawa The Phenom itu sememangnya layak untuk dianggap lebih hebat jika hendak digandingkan dengan penggusti seperti Ric Flair, HBK dan The Rock.

Walau bagaimanapun, ada juga peminat yang merasakan ikon seperti John Cena, Hulk Hogan, Eddie Guerrero dan Stone Cold berhak untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi.

Senarai ini dibuat berdasarkan pilihan dan undian dari para peminat, jelasnya ianya bukan senarai rasmi yang dikeluarkan oleh WWE, jadi peminat bebas untuk memilih mana-mana penggusti yang mereka rasakan cukup hebat.

Baca yang lain