Sepucuk Surat Ditinggalkan Oleh Bekas Pemain Remaja AC Milan Sebelum Membunuh Diri

Bekas pemain remaja AC Milan, Seid Visin dilaporkan telah meninggal dunia dirumahnya akibat tekanan diri yang dihadapi.

Selepas pihak kesihatan disana melakukan bedah siasat, Visin disah meninggal dunia akibat bunuh diri.

Pemain yang dilahirkan di Habsyah ini pernah menjadi rakan sebilik bersama Guanluigi Donnarumma ketika menjadi pemain akademi kelab tersebut.

Habsyah memang dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki penduduk paling gelap di Afrika.

Sebelum membunuh diri Visin telah meninggalkan sepucuk surat. II Corriera della Sera melaporkan, pemain berusia 20 tahun itu menulis tentang pengalaman pahit hidupnya sebelum membunuh diri.

SURAT VISIN

Visin menulis hidupnya cukup menyedihkan dimana dirinya sering menjadi mangsa perlakuan rasis. Keadaan itu membuatkan dirinya tidak bersemangat untuk meneruskan hidup.

“Ke mana pun saya pergi, dimana pun saya berada, saya memikul beban tentang pandangan orang lain yang skeptikal, bias dan jijik.

“Saya bukan pendatang, saya diambil oleh keluarga angkat sejak kecil dan dahulu semua orang sukakan saya.

“Kemana pun saya pergi, semua orang bercakap perkara baik tentang saya dengan rasa hormat. Tetapi kini semuanya sudah berubah.”

“Sesuatu telah berubah dalam diri saya. Saya merasa malu dan takut menjadi orang berkulit hitam yang dianggap sebagai pendatang.

“Saya seolah-olah perlu menyakinkan mereka bahawa saya sama seperti mereka, orang Itali yang berkulit putih.

“Saya tidak mahu orang-orang lain mengasihani saya. Saya ingin mengingatkan diri sendiri bahawa kesulitan dan penderitaan yang saya alami hanya seperti setitis air jika dibandingkan dengan lautan.

“Orang-orang ini memperjudikan hidup mereka, beberapa darinya sudah hilang kehidupan demi merasakan apa yang kita sebut hidup. -surat Visin

Merujuk sumber dari Football Italia, Visin lahir di Habsyah pada September 2000. Visin kemudian berpindah ke Itali ketika masih kecil.

Visin diambil oleh penduduk tempatan untuk dijadikan anak angkat. Dia kemudiannya mengikut keluarga baharu ke Milan dan menyertai pasukan remaja atau juga dikenali sebagai Primavera disana.”

Kisah Benar: Pengorbanan Seorang Guru Tinggalkan Keselesaan Demi Kanak-Kanak Miskin

REAKSI DONNARUMMA

Visin merupakan sahabat Donnarumma kerana pernah tinggal sebilik ketika berada disana. Selain AC Milan, Visin juga pernah bermain bersama Benevento.

“Saya mengenali Visin sebaik saya tiba di Milan, kami tinggal bersama di asrama sekolah. Saya tidak mahu melupakan semyumannya iaitu kegembiraan dalam hidup.

“Dia seorang sahabat dan hanya budak lelaki seperti saya.” -Donnaruma

Pada tahun 2016, Visin memutuskan untuk bersara dari bola sepak kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Namun dia masih kekal bermain bersama Atletico Vitalica dalam permainan 5-sebelah.

REAKSI MARCHISIO

Bekas pemain bola sepak Itali, Claudio Marchisio juga merakam simpati diatas tragedi yang berlaku melalui satu hantaran di laman facebook. Hantaran tersebut dikongsi lebih 12 ribu orang.

“Kita adalah sebuah negara intergrasi, ketika anda menjaringkan gol penentuan dalam pertandingan (kenapa) anda menolak apabila dilayan oleh seorang pelayan restoran berkulit hitam.

“Saya tidak dapat membayangkan apa yang dirasai oleh Visin, tetapi saya yakin sebuah negara yang mendorong seorang budak lelaki melakukan perkara dasyat seperti adalah sebuah negara yang gagal.

“Berfikir dahulu sebelum anda mahu melakukan lawak bodoh, ketika anda anda membuat ucapan bodoh mengenai warna kulit terutamanya di rangkaian sosial.

“Kita kadang-kadang bangang.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di