Sergio Aguero Bangga Jadi Rakyat Malaysia Dan Suka Masakan Pahang

Sergio Aguero bukanlah nama asing dalam pentas bola sepak di Malaysia. Dia sudah lama beraksi di Liga M.

Kini pemain Sri Pahang itu mengesahkan bahawa dia sudah menjadi rakyat Malaysia. Dan dia berasa sangat bangga.

Aguero berkongsi kegembiraan itu pada Hari Malaysia. Aguero turut berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab Sri Pahang kerana banyak membantu dan menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status warganegara.

Aguero berkata: “Ianya adalah satu penghormatan untuk saya menjadi rakyat Malaysia.”

“Saya berada di sini kerana sokongan orang di sekeliling saya, tanpa mereka, saya tidak akan berada di tempat saya berada.”

Selain itu Aguero turut menyatakan dia menganggap Pahang sebagai tempat yang istimewa. Ini termasuk masyarakat dan makanan di sana.

Aguero menambah: “Kuantan adalah tempat yang istimewa untuk saya serta keluarga dan saya berhasrat untuk tinggal lama di sini. Saya jatuh hati dengan makanan, masyarakat yang sangat baik dan paling penting saya menemui ketenangan di sini bersama keluarga.”

“Tiada perkataan bagi menggambarkan betapa gembiranya saya dan tidak sabar untuk menyarung jersi emas dan biru dalam Piala Malaysia,” jelas Aguero lagi.

Beberapa bukan lalu MFL mengumumkan bahawa Aguero rasmi didaftarkan sebagai pemain tempatan. Ini selepas Pahang mengemukakan permohonan status pemain tempatan untuk Aguero.

Selain Aguero, Lee Tuck turut disahkan statusnya sebagai pemain tempatan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan