[VIDEO] Lihat Ramos Gagal 2 Sepakan Penalti Termasuk 1 Panenka Bertukar Petaka

Hujung minggu lalu kita disajikan dengan aksi tragis Ademola Lookman yang gagal menyempurnakan penalti dengan percubaannya melakukan panenka.

Dalam bola sepak, skil fancy adalah untuk mengaibkan lawan anda. Panenka salah satu daripadanya. Namun satu lagi peraturan tak tertulis adalah, jika skill fancy itu tak menjadi, maka ia akan memberikan malu kepada yang melakukannya.

Sergio Ramos tak terlepas daripada peraturan itu. Selepas banyak kali beliau menghancurkan karakter penjaga gol dengan skil penalti panenka beliau.

Semalam ternyata hari untuk penjaga gol pula, bukan untuk Ramos. Ramos sangat tinggi reputasinya daripada titik penalti. Di mana dia menyempurnakan kesemua 26 penalti terakhirnya sebelum ini.

Lebih dua tahun lamanya Sergio Ramos sudah tidak gagal dalam menyempurnakan penalti.

Namun siapa sangka Ramos gagal melakukan 2 penalti dalam aksi berdepan dengan Switzerland. Sekaligus membuatkan Sepanyol terlepas 3 mata dalam perlawanan Liga Negara Negara Eropah.

Kapten Sepanyol itu masuk ke padang untuk mengesahkan status gahnya sebagai pemain Eropah paling banyak kaps antarabangsa dengan 177 perlawanan.

Rekod yang mengatasi catatan Gianluigi Buffon sebelum ini dengan 176 perlawanan.

Sepanyol ketinggalan pada separuh masa pertama menerusi gol oleh Remo Freuler.

Pada separuh masa kedua, selepas 15 minit aksi bersambung, Sepanyol berpeluang menyamakan kedudukan menerusi penalti.

Namun Ramos gagal menyempurnakannya dengan penalti yang sangat lemah.

Sergio Ramos kemudian berpeluang untuk menyamakan kedudukan sekali lagi pada minit ke-80.

Kali ini Ramos memilih untuk melakukan panenka. Namun sayang sekali ada sesuatu tidak kena pada execution Ramos kali ini, di mana panenkanya tidak naik dan dengan mudah diselamatkan Yann Sommer.

Akaun peminat Fulham mengusi Ramos, dengan menyatakan pemain itu seolah olah berusaha mahu menyertai Fulham.

Ianya satu kisah yang tidak dijangka akan berlaku kepada seorang pakar penalti. Namun itulah bola sepak. Ia tidak sama sekali mengganggu status Ramos sebagai pengambil sepakan penalti yang utama untuk pasukannya.

Permain berusia 34 tahun itu diselamatkan oleh Gerard Moreno apbila pemain itu menjaringkan gol seminit sebelum permainan sebenar tamat. Gerard Moreno masuk menggantikan Mikel Moreno pada minit me-80 dan menyempurnakan hantaran dari Sergio Reguilon.

Keputusan seri itu meletakkan Sepanyol ketinggalan 1 mata dibelakang pendahulu kumpulan, Jerman dengan hanya tinggal 1 lagi baki perlawanan. Baki perlawanan tersebut akan menemukan kedua-dua pasukan ini pada hari Selasa ini.

Rekod pertemuan terakhir Sepanyol menentang Jerman berakhir dengan keputusan seri 1-1. Jose Luis Gaya Pena menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan bagi memadam jaringan Timo Werner pada September lepas.

Senarai Pemain

Switzerland (3-4-3): Yann Sommer; Nico Elvedi, Ricardo Rodriguez, Manuel Akanji; Granit Xhaka, Remo Freuler, Edimilson Fernandes, Steven Zuber (Renato Steffen); Xherdan Shaqiri (Djibril Sow), Haris Seferovic (Besir Omeragic), Breel Embolo (Edmir Mehmedi)

Sepanyol (4-2-3-1): Unai Simon; Sergi Roberto, Sergio Reguilon, Sergio Ramos, Pau Torres: Mikel Merino (Gerard Moreno), Sergio Busquets (Koke), Fabian Ruiz (Alvaro Morata); Ferran Torres, Mikel Oyarzabal (Adama Traore), Daniel Olmo (Canales)

Baca yang lain