Sevilla Berhutang €90 Juta: “Semua Pemain Kami Tersedia Untuk Dijual”

Sevilla telah menyenaraikan kesemua pemain dalam skuad  utama mereka di pasaran perpindahan kerana isu kewangan menjelang musim depan.

Selepas musim yang mengecewakan dalam La Liga di mana kelab itu turut beberapa ketika bergelut dengan penyingkiran.

Namun kelab itu tetap menamatkan musim dengan cemerlang dengan menjuarai gelaran Liga Europa ketujuh mereka.

Di mana Sevilla menewaskan AS Roma kendalian Jose Mourinho menerusi sepakan penalti pada Mei.

Ia adalah kemenangan yang sepatutnya bermakna buat Los Nervionenses dan peminat mereka meraikan kejayaan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Peminat malah menganggap kejayaan UEL dan layak ke UCL itu akan mampu memberikan kelab itu duit yang banyak.

Namun realitinya, hadiah pertandingan UEL masih tidak mampu untuk mengeluarkan kelab itu daripada beban hutang.

Hutang kelab itu kini berada pada paras €90 juta.

Menurut Pedro Pablo Parrado dari Radio MARCA, presiden kelab Pepe Castro memaklumkan kepada pengurus Sevilla José Luis Mendilibar bahawa kelab itu tidak mampu berbelanja membeli pemain baharu.

Malah tidak menjamin akan membeli pemain baharu jika pengurus itu menjual beberapa pemain utama sekalipun. Seperti mana dasar ‘jual dulu baru beli’ yang seringkali dibuat beberapa kelab.

Keutamaan sekarang ini menyelesaikan hutang yang sangat tinggal.

Laporan Marca menyebut bahawa setiap ahli skuad yang memenangi Liga Europa telah diisytiharkan ‘boleh dipindah milik’ semasa jendela perpindahan musim panas.

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa kelab Sepanyol itu ‘perlu’ menjual untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dan penjualan seorang atau dua pemain bintang bernilai tinggi masih tidak mampu menjamin mereka dapat menyelesaikan masalah itu.

Nama-nama utama seperti Youssef En-Nesyri, Yassine Bounou dan Lucas Ocampos disenaraikan sebagai pemain utama yang boleh dijual.

Ocampos sudah mulai dengan Fulham namun dengan nilai €15 juta.

Kelab itu dilaporkan telah menghubungi kelab-kelab di seluruh Eropah, terutama sekali kelab seperti Manchester United, pasukan yang mereka tewaskan dalam perjalanan menuju kejayaan Eropah.

Ini kerana Man United masih belum begitu aktif di pasaran perpindahan. Baru sahaja mendapatkan Mason Mount. Kelab itu mungkin berminat mendapatkan pemain mereka dengan urusan yang lebih mudah.

Seterusnya mereka turut menghubungi Newcastle dan West Ham jika kelab itu berminat dengan En Neysri.

Masalah dalaman kelab juga telah membuatkan mereka bermasalah. Ianya juga telah menjadi sebab kenapa Pengarah Sukan legenda mereka Monchi telah meninggalkan kelab itu dan menyertai Aston Villa.

Monchi dikatakan tidak setuju terlibat dalam projek menjual pemain beramai ramai itu.

Baca yang lain