Shin Tae Yong Kongsi Rahsia Kejayaan Ikat Vietnam: ‘Kekuatan Mental Dan Pemahaman Taktikal’

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menyatakan bahawa beliau semakin berbangga dengan aksi pasukannya. Shin Tae-yong masih percaya pasukan kebangsaan Indonesia akan terus menjadi lebih baik selepas berjaya mengikat Vietnam.

Perlawanan ini bukan sahaja perlawanan penting antara dua pasukan terkuat kumpulan B setakat ini, namun juga merupakan pertemuan antara Park Hang Seo dan Shin Tae Yong. Di mana sebelum ini Shin menjadi junior kepada Park Hang Seo.

Pasukan kebangsaan Indonesia dianggap mempamerkan penampilan luar biasa ketika berdepan Vietnam pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan B Piala AFF 2020.

Beraksi di Stadium Bishan, Singapura, pasukan kebangsaan Indonesia dan Vietnam seri tanpa jaringan. Dengan statistik menyatakan bagawa Vietna hanya melakukan 1 percubaan tepat dan Indonesia langsung tiada percubaan tepat.

Dengan keputusan ini, sudah pasti ia satu pencapaian bagi Pasukan Kebangsaan Indonesia. Kerana empat perlawanan terakhir, pasukan kebangsaan Indonesia sentiasa tewas kepada Vietnam.

Bukan itu sahaja dalam saingan Piala AFF kali ini, menurut Shin lagi, pasukan kebangsaan Indonesia kali ini rata rata dibarisi oleh pemain muda. Inilah yang membanggakan Shin Tae-yong sebagai jurulatih.

Shin Tae-yong juga menjelaskan bahawa, mereka seri dengan Vietnam kerana mereka memiliki kekuatan mental yang lebih baik daripada pasukan Naga Emas itu.

“Vietnam pasukan yang serba lengkap dan terbaik. Kalau dikira dari segi keupayaan teknikal, kami tidak mampu menandingi mereka. Namun kami memiliki kekuatan mental yang lebih baik.”

Kemudian, pengendali asal Korea Selatan itu memuji keupayaan para pemain mudanya dalam menterjemahkan falfasah permainan dan taktikal yang beliau mahukan.

“Pada masa ini pasukan kita mempunyai ramai pemain muda bermula dari tahun lepas saya menjadi ketua jurulatih dan bersedia untuk Piala Dunia B-20 dan ada pemain muda saya bermain dengan 6-7 pemain. Jadi sehingga kini pemain telah mengikut falsafah yang saya mahukan dengan baik. ,” kata Shin Tae -yong.

Tambah Shin Tae-yong lagi, kemampuan pemain pasukan kebangsaan Indonesia terus menunjukkan peningkatan. Beliau juga percaya ini akan terus meningkat.

“Keupayaan mereka untuk memperbaiki dan memahami taktikal saya. Begitu bangga dan percaya ia akan menjadi lebih baik,” tegas beliau lagi.

Pada perlawanan menentang Vietnam pada perlawanan ketiga Piala AFF 2020, penampilan pasukan kebangsaan Indonesia khususnya barisan pertahanan cukup mantap dan konsisten.

Sepanjang 90 minit, Vietnam melakukan 21 percubaan ke gawang Indonesia berbanding hanya sekali sahaja daripada pasukan Merah Putih itu.

Seterusnya, Vietnam mencatatkan 70% penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Keputusan ini bermakna Vietnam dan Indonesia kini mengawal kempen mereka sendiri dalam tangan mereka.

Indonesia ada perlawanan menentang Malaysia selepas ini. Di mana ianya perlawanan hidup mati untuk kedua dua pasukan bagi menentukan pasukan mana yang akan mara ke pusingan seterusnya.

Indonesia hanya memerlukan seri daripada perlawanan tersebut, manakala Malaysia pastinya wajib menang untuk meneruskan kemaraan.

Ini kerana ketika ini, Indonesia berada di puncak carta kumpulan B dengan 7 mata – walaupun berkongsi mata dengan Vietnam, namun skuad bimbingan Shin Tae Yong itu berjaya memilki perbezaaan jaringan yang lebih baik.

Malaysia dengan 6 mata berada di tangga ketiga.

Malaysia Hilang Dua Tonggak Hadapi Derbi Nusantara Menentang Indonesia

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima tamparan apabila kehilangan khidmat ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad bagi aksi menentang Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.

Perkembangan itu dimaklumkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sambil mengharapkan pemain berdarah kacukan Dion Cools yang dijangka menyertai pasukan di Singapura, Khamis ini serta Dominic Tan, yang menjadi pilihan mengisi dua kekosongan di bahagian pertahanan dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Memang kita rasa kehilangan Aidil dan Shahrul memberi kesan yang besar kepada pasukan kerana mereka sudah jadi tonggak pertahanan skuad kebangsaan dalam beberapa aksi kebelakangan ini. Sudah tentu (kini) kita harapkan Dion (Cools) dan Dominic dapat hasilkan kombinasi yang baik.

“Kita harap Cools memang bagi ‘cool’ kepada pasukan, dengan pengalaman beliau kita nampak boleh bantu pasukan di setiap sudut tapi dalam keadaan kita kehilangan ramai pemain, saya harap sesiapa diturunkan bersedia dengan apa situasi sekalipun,” katanya pada sidang akhbar skuad kebangsaan secara maya di Singapura, pada Selasa.

Malaysia dijadual menentang Indonesia dalam perlawanan dianggap sebagai ‘hidup mati’ dalam misi kedua-dua pasukan layak ke peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Cheng Hoe pada masa sama tidak bimbang menghadapi cabaran skuad Garuda yang kini menerajui saingan kumpulan tanpa Mohamad Aidil dan Shahrul yang dijangka memerlukan tempoh seminggu paling lama untuk kembali pulih.

“Dalam bola sepak kita percaya pemain yang kita bawa dan kita harus beri keyakinan kepada mereka, kalau kita selalu menunjukkan kebimbangan di luar dan dalam padang sudah tentu ia akan terbawa-bawa dalam perlawanan,” kata pengendali berusia 53 tahun itu.

Namun, beliau berharap dapat menurunkan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim yang kembali menyertai pasukan selepas bebas daripada jangkitan Cpvid-19 bagi aksi menentang Indonesia jika kecergasan pemain Terengganu FC itu berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, mengulas mengenai pasukan Indonesia, Cheng Hoe mengakui skuad Garuda itu telah melalui perubahan taktikal permainan yang positif di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan Shin Tae-yong selain memiliki beberapa pemain muda berpotensi.

“Tae-yong telah bawa generasi baharu untuk skuad mereka, pemain lebih muda dan bertenaga, kita dapat lihat kelajuan setiap pemain dan kita berharap tidak terperangkap dalam gerakan mereka. Dari segi persiapan juga mereka melalui fasa persediaan terbaik.

“Kalau kita lihat dalam dua perlawanan awal mereka nampak begitu bertenaga serta semangat dan mereka boleh mencipta banyak peluang menjaringkan gol, jadi kita kena berwaspada terhadap serangan-serangan mereka,” kata Cheng Hoe.

Selepas tiga aksi, skuad kebangsaan kini di kedudukan ketiga, berkongsi enam mata bersama Indonesia dan Vietnam yang masing-masing bermain kurang satu perlawanan, manakala Kemboja dan Laos di tempat tercorot tanpa sebarang mata.

– Bernama

Baca yang lain