Sir Jim Ratcliffe Antara Punca Varane Dan Casemiro Dalam Senarai Untuk Disingkirkan

Salah seorang koresponden terpercaya untuk Man United, Chris Wheeler dan Sami Mokbel melaporkan bahawa Casemiro dan Raphael Varane bakal dijual.

Casemiro merupakan bukan pemain dikehendaki Erik Ten Hag. Namun kelab mendapatkan pemain itu selepas bergelut mendapatkan pemain tengah yang dimahukan Ten Hag.

Casemiro menunjukkan aksi cemerlangnya musim lalu bersama Man United. Namun Ten Hag masih tidak berpuas hati dengan Casemiro dari segi taktikal. Pemain itu dianggap kurang disiplin.

Musim ini situasi berbeza untuk Casemiro. Pemain itu tidak menunjukkan prestasi yang diinginkan Ten Hag.

Sementara itu Varane pula, sedang kehilangan tempatnya dalam skuad utama. Dia kembali daripada kecederaan. Namun masih gagal menjadi pemain kesebelasan utama secara tetap.

Varane juga dianggap salah satu punca Man United kalah di tangan FC Copenhagen dalam aksi UCL sebelum ini.

Varane sudah berjumpa Ten Hag menyatakan dia tak gembira dengan kedudukannya di dalam skuad pada masa ini. Dan Ten Hag menyatakan dia memilih pemain berdasarkan prestasi semasa, dan ketika ini Harry Maguire adalah lebih baik.

Ten Hag membuka pintu kepada Varane untuk mencari kelab baharu. Hubungan Ten Hag dengan Varane dikatakan sedang retak.

Kehadiran Sir Jim Ratclife turut menjadi punca 2 pemain itu semakin tidak mendapat tempat dalam projek Ten Hag. Sebelum ini Jim Ratclife menganggap pembelian Casemiro dan Varane sebagai teruk, kerana usia dan harga yang tak sepadan.

Sir Jim Ratcliffe sudah membeli 25% saham di Man United dan menunggu masa untuk diumumkan sebagai rakan kongsi baharu Glazer. Dia sudah menyatakan dia mahu terlibat aktif dalam rombakan pemain dan staf.

Man United menjangkakan mereka boleh mendapat hasil sekitar £25 juta untuk Varane dan harga sekitar £30 juta untuk Casemiro daripada mana mana kelab yang berminat.

Jadi United berpotensi kehilangan Varane, Sancho dan Casemiro pada Januari akan datang.

Ten Hag dikatakan sehaluan dengan pandangan Sir Jim Ratcliffe. Dia mahukan pemain lebih muda. Dan dia yakin Sir Jim akan memberikan sokongan dana perpindahan kepadanya. Paling tidak mendesak Glazer dan pasukan pengurusan tertinggi bertindak.

Sir Jim Ratcliffe sudah menunjukkan pengaruhnya apabila Richard Arnold sudah meletak jawatan. Sir Jim sebelum ini sudah memberitahu dia mahukan pengarah sukan yang baharu dan lebih baik.

Baca yang lain