‘SKMM Beli Akaun Tu RM1,300 Je, Saya Ketika Tu Masih Sekolah Menengah Lagi’

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjadi perhatian jutaan rakyat Malaysia. Ini selepas netizen mengorek post lama mereka yang penuh dengan kata kata cacian, makian, carutan, rasis, kelucahan, kebencian, pembulian siber dan bahasa rempit.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan organisasi mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Dalam menjalankan akta ini, peranan Suruhanjaya  ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia .

Ahli Suruhanjaya juga terlibat di dalam menyelia rangka kerja kawal selia baru untuk bertumpu ke arah industri telekomunikasi, penyiaran  dan aktiviti-aktiviti dalam talian.

Namun agak ironi kerana akaun SKMM dikantoikan banyak mencarut – hanya beberapa jam selepas mereka mengingatkan netizen untuk menjaga adab dan kesopanan. SKMM dalam peringatan murni dan tegas mereka sebelum itu berkata:

Berikutan perkembangan semasa berkaitan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial, agar sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan membuat sebarang ulasan.

Pihak MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

MCMC ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Laporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada [email protected]. Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/ .

MCMC turut berharap rakyat dapat berganding bahu bersama dengan kerajaan dalam memberi fokus kepada usaha meredakan ledakan pandemik COVID-19 dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri. Elakkan keghairahan yang melampau atau membuat spekulasi liar serta berita palsu yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Tetapi segalanya menjadi satu malapetaka buat SKMM. Apabila mereka dihantui Tweet lama daripada akaun yang sama. SKMM kemudian membuat penafian dengan menyatakan bahawa akaun mereka digodam pihak yang tidak bertanggunjawab.

Namun warganet mengesyaki bahawa sebenarnya SKMM membeli akaun tersebut daripada seseorang. Kalau digodam, mustahil penggodam menyunting status yantg kembali kepada 5 ataupun 7 tahun lalu.

Lagipun Twitter tidak seperti Facebook di mana status yang sudah dimuat naik tidak dapat disunting semula.

Seorang pemuda berusia 22 tahun kemudian tampil dengan pengakuan bahawa dia adalah pemilik akaun tersebut sebelum dijual kepada seseorang. Yang dia sendiri tak tahu bahawa akaun itu dibeli untuk dijadikan akaun rasmi SKMM.

Nazrul Hakim berkata:

Hai, akaun tu aku jual time aku form 3/4.  Ketika akaun tersebut ada 50 ribu pengikut. Aku tak delete tweet lama, sebab tak terlintas dalam fikiran.”

“Aku jual akaun tu dekat @/SaidOsem. Jadi aku tak tahu selepas tu akaun tu dah jadi official MCMC punya twitter.”

Malay Mail kemudian menghubungi Nazurl Hakim. Dan dia membuat satu pendedahan lagi. Di mana dia mengakui menjual akaun tersebut hanya RM1,300.

“Ada orang menawarkan harga nak membelinya daripada saya. Masa tu saya masih berusia dalam 15 atau 16 tahun. Masih budak sekolah lagi, tentunya saya nak merasa ada duit masa tu.”

“Demi Tuhan, saya tidak tahu pun akaun tu akan menjadi akaun rasmi SKMM,” tegas Nazrul tentang akaun yang sudah mencecah 70k pengikut dan akhirnya hilang dari Twitter.

Netizen merasakan SKMM memadamkan akaun itu, namun SKMM pula mendakwa akaun itu digantung sementara.

Menurut regulasi Twitter, jual beli akaun adalah salah dan mencabuli garis panduan penggunaan media sosial tersebut.

Nazrul menyatakan, dia memberikan nama pengguna dan kata laluan sebaik sahaja menerima wang menerusi online banking.

Ditanya tentang tweetnya yang penuh dengan kata kata kesat, carutan, rasis, dan sebagainya, Nazrul menyatakan: “Masa tu saya masih budak budak, sudah tentunya ada mengarut sikit, memuat naik post yang teruk. Namun sekarang saya menyesal dengan apa yang saya katakan dahulu.”

Nazrul menyatakan dia tak kisah warganet menyakatnya dengan troll kerana tweet lamanya asalkan tidak mengaitkan lagi bekas teman wanitanya ataupun gambarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memberikan amaran akan mengambil tindakan keras kepada mereka yang membuat akaun palsu dan parodi.

MCMC Disyaki Beli Akaun Twitter Orang Lain, Penuh Tweet Carutan Dan Cyber Bully Satu Ketika Dahulu

Namun kenyataan tersebut hanyalah dari sebelah pihak berkenaan dengan jual beli akaun. Sama sama kita nantikan respon daripada SKMM.

Baca yang lain