Son Heung Min Hampir Gagal Di Spurs Sebelum Bangkit Dan Meraih Kontrak Mega Bernilai £52 juta

Son Heung Min mula menjadi pujaan setiap penyokong Spurs, malah dia juga mula menarik minat penyokong berkecuali. Son sendiri telah menandatangi kontrak lajutan dengan kelab tersebut.

Superstar Korea Selatan ini semakin kuat sejak kedatangannya pada tahun 2015 tetapi apabila menoleh kebelakang perjalanannya tidak semudah dibayangkan.

Pada musim pertamanya, Heung Min hanya menyumbang 4 gol dan 1 bantuan dalam 28 perlawanan dan namanya mula dikaitkan kembali ke Jerman.

HEUNG MIN BERMULA HAMBAR DAN KECEWA

Wolfsburg merupakan pasukan yang dikatakan akan membelinya pada musim panas 2016 sekiranya kelab tersebut menawarkan jumlah wang yang baik kepada Daniel Levy.

Son Heung Min bersama Bayern Leverkusen

Wolfsburg dilaporkan berminat membawa Heung Min selepas meninggalkan Bundesliga -Bayern Leverkusen- melalui tawaran £17 juta.

https://www.standard.co.uk/sport/football/tottenham-transfer-news-wolfsburg-target-17m-heungmin-son-a3327216.html

Heung Min hanya bersama seminggu bersama Tottenham di latihan pra musim sebelum bersama Korea Selatan ke Rio, Brazil bagi mengharungi Sukan Asia.

Pemain berusia 24 tahun ketika itu sendiri mengakui bahawa dia memang ingin meninggalkan Tottenham selepas mengharungi musim pertama yang hambar disana.

SEMANGAT BAHARU

Namun selepas kembali ke kelab selepas pulang dari Rio. Dia mempunyai semangat, keinginan dan fokus baharu untuk terus maju dibawah Mauricio Pochettino.

Pengurus Argentina itu terus memberi peluang kepada Heung Min seperti yang diperlukan oleh pemain tersebut. Heung Min mahu menjadi unsing hero dan menegaskan dia tidak akan menjadi seperti Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.

https://www.goal.com/en/news/im-not-like-messi-or-ronaldo-son-happy-as-unsung-hero-after/17y48u7vqsa1u1f3meia6ai29r

Pochettino berkata ia merupakan keputusan yang tepat dilakukannya dan sejak itu Heung Min membuktikan dirinya mempunyai kemampuan yang hebat.

Kualiti tersebut membolehkanya mampu untuk menyertai mana-mana pasukan dan liga terdapat di dunia ini.

Tidak kira sebagai penyerang atau sayap Heung Min sentiasa menjaringkan gol dan terlibat dengan bantuan jaringan.

Semua orang jatuh cinta dengan pemain yang sentiasa tersenyum ini. Personaliti dan keperibadiannya mula mencuri tumpuan peminat.

Heung Min telah memenangi pemain terbaik tahunan pasukannya 2 kali dan berjaya menyumbang 11 gol dan 10 bantuan pada musim lepas-tidak lupa juga 2 kad merah.

Heung Min menjaringkan 4 gol dalam 1 perlawanan liga

KEMUNCAK

Dia bertambah baik setiap musim dan kini sudah mengumpul 10 gol dan 3 bantuan dalam semua pertandingan. Harus diingat liga baru sahaja memasuki perlawanan ke-9.

Pemain cukup melonjak bergandingan bersama si pemain emas Harry Kane. Kombinasi mereka berdua memasuki tahap baru melalui peranan yang turun sedikit kebawah.

Kane akan mencari peluang yang terhasil di sekitar Heung Min dan melakukan hantaran untuk pemain Korea Selatan itu menyudahkannya.

Ia kombinasi yang luarbisa dan berjaya.

Spurs mempunyai 2 nadi dengan kualiti luar biasa dan menjadi ancaman besar kepada pihak lawan. Pasukan ini dipercayai mampu mencabar kejuaraan kali ini.

Heung Min semakin disayangi akhirnya menerima kontrak lanjutan baharu yang bernilai sekitar £52 juta. Gajinya juga ditingkatkan kepada £200 ribu seminggu dan akan tamat pada 2025.

Heung Min layak mendapat ganjaran tersebut.

Baca yang lain