Sony Keluarkan Maklumat Terbaru PS5, Namun Gamers Tetap Kecewa Dengan Presentasi Kali Ini

Sony akhirnya membongkar lebih banyak informasi mengenai spesifikasi hardware yang akan disematkan pada PlayStation 5 (PS5).

Hal itu diumumkan oleh Sony menerusi arkitek sistem mereka iaitu Mark Cerny dalam satu acara presentasi secara live streaming.

Sudah tentunya ramai peminat setia Sony PlayStation menantikan bagaimana agaknya bentuk dan spec next-generation console dari PlayStation itu yang disahkan diberi nama PlayStation 5 / PS5.

Namun malangnya, masih belum ada maklumat yang benar benar lengkap tentang konsol tersebut.

Setakat ini Sony sudah mengkonfirmasi bahawa PS5 bakal menggunakan CPU 8 core yang bearasaskan CPU AMD Ryzen generasi ke-3, serta GPU custom dengan AMD Radeon Navi.

Konsol ini juga bakal menyokong resolusi 8K, 3D audio, 4K 120Hz, opsyen konsumsi daya rendah, serta dipacu GPU yang sangat kuat sehingga mencapai angka 10.28 teraflop.

Konsol ini juga memiliki spec storan RAM GDDR6 16GB dan SSD 825GB.

Ketua tim hardware PlayStation, Mark Cerny mengatakan, kemampuan rendering PS5 akan bekerja sangat cepat ketika korang bermain game dengan kemampuan grafik AAA sekali pun.

Sebagai perbandingan dengan  konsol PS4 yang memerlukan sekitar 20 saat detik untuk memuat satu gigabyte data.

Sebaliknya PS5 berkeupayaan untuk memuat data lima gigabyte dalam masa sesaat sahaja.

Cerny memberikan jaminan, dengan kekuatan super ini, bermakna PlayStation 5  mampu untuk membolehkan korang  bermain game selama mana korang nak.

Selain itu PS5 juga mampu untuk memainkan banyak permainan daripada PS4.

Dan seterusnya, Mark Cerny menegaskan bahawa PS5 akan memiliki hayat yang lama untuk menampung kapsiti game game baru beberapa tahun yang akan datang.

Presentasi tak memuaskan hati gamers

Walaupun sesi bersembang oleh Mark Cerny ni hampir 5 jam, mereka hanya mengulang ulang speksifikasi seperti mana yang telah banyak dinyatakan sebelum ini.

Dan agak menghampakan apabila gamers yang berharap Sony akan mengumumakan 2 perkara penting iaitu tanda harga dan juga tarikh rasmi ia dijual, tidak dinyatakan.

Sebelum majlis oleh Sony ini,  Microsoft telah membentangkan spesifikasi lengkap dari Xbox Series X.

Perbandingan dengan Xbox Series X

Di mana konsol Microsoft itu hadir dengan menggunakan CPU custom AMD Zen 2 dengan lapan core.

Ianya berkepantasan 3,8Ghz, serta GPU custom dengan AMD RDNA 12 teraflops dan 52 compute unit dengan kepantasan masing-masing 1,825GHz.

Untuk storan pula, Xbox Series X hadir dengan RAM GDDR6 16GB dengan storage SSD NVMe 1TB yang boleh ditambah lagi sehingga 1TB.

Ini adalah perbandingan mereka secara ringkas. Xbox kali ni nampak betul betul nak melawan. Tetapi tu la, Sony PlayStation ni dari dulu kelebihan dia adalah jumlah game yang tersedia untuk dimainkan lebih banyak.

Jadi korang pilih mana satu ni? Xbox Series X ataupun Sony PlayStation 5?

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan