Spurs Mahu Raya Dengan Sancho Dan Guehi

Tottenham sebelum ini dikaitkan dengan David Raya sebagai calon penjaga gol utama mereka yang baharu.

Dan kini mereka turut dikaitkan dengan dua lagi nama iaitu Jadon Sancho dan Mark Guehi.

Apa yang menarik 3 nama tersebut adalah dalam senarai sasaran utama kelab dalam usaha mereka membentuk pasukan yang mampu mencabar setiap trofi selepas ini. Terutama sekali demi Harry Kane.

Idea utama adalah untuk menggandingkan Jadon Sancho dengan James Madisson di posisi sokongan kepada penyerang utama.

Mereka juga mempertimbangkan nama Harvey Barnes untuk dibawa masuk sebagai alternatif jika gagal mendapatkan Sancho.

Jadon Sancho masih berada di bawah paras memuaskan hati Ten Hag pada musim lalu. Dan Man United terbuka mendengar tawaran untuk pemain antarabangsa England itu.

Man United sedia untuk menanggung rugi dan memulakan rundingan pada harga £60 juta.

Namun Spurs merasakan bahawa tawaran £50 juta sudah cukup untuk meyakinkan Manchester United untuk menjual pemain itu kepada mereka. Kerana Ten Hag jelas tidak begitu berminat mebggunakan Sancho sebagai pemain kesebelasan utama setiap minggu di Man United.

Ini ditambah dengan nilai gaji Sancho yang sangat tinggi di kelab itu.

Sancho menjadi bintang rebutan ketika di Borussia Dortmund. Namun mendapat banyak kritikan ketika dia beraksi di Man United kerana gagal mencapai standard dimahukan.

Ini ditambah dengan masalah dibelenggu oleh krisis kecederaan serta pertukaran pengurus.

Asalnya Spurs mahukan Lee Kang In. Namun pemain itu dikatakan sudah mencapai kesepakatan dengan PSG.

Spurs mahu bertindak lebih cepat pada seorang lagi sasaran mereka iaitu Pedro Goncalves selepas pernah terlepas Bruno Fernandes kerana terlalu lambat bertindak.

Namun buat masa ini, nama Goncalves bukan dalam senarai keutamaan.

Spurs sudah merancang untuk menjual terus beberapa bintang yang mereka pinjamkan ke kelab lain iaitu Giovani Lo Celso, Tanguy Ndombele dan Sergio Reguilon.

David Raya berada dalam senarai Spurs. Dan kapten mereka Hugo Lloris sedia mempertimbangkan tawaran daripada Arab Saudi jika Raya dibawa masuk.

Di barisan pertahanan, sasaran utama mereka ialah Mark Guhi dari Crystal Palace. Ianya selepas Guehi berterusan cemerlang untuk kelab dan negara. Namun Spurs berdepan persaingan daripada Arsenal dan Man United.

Pengurus baharu Spurs, Ange Postecoglou juga tidak menolak kemungkinan untuk menerima kehadiran Harry Maguire yang dianggapnya sebagai pertahanan berkualiti.

Postecoglou adalah pengurus yang menyukai pertahanan yang ball playing untuk bermain dari bawah.

Paling penting adalah membentuk pasukan yang boleh meyakinkan Harry Kane tentang projek kelab tersebut.

Baca yang lain