Spurs Sedia Persetujui Syarat Conte Sebelum Ini

Tottenham Hotspur sebelum ini pernah cuba meminang Antonio Conte, namun ianya gagal. Ini selepas Daniel Levy enggan menuruti beberapa syarat khas diletakkan Conte.

Conte dikatakan meminta kontrak jangka panjang di Spurs. Kemudian mahu mengawal perpindahan pemain. Beliau mahukan jaminan tentang transparensi daripada pengurusan tertinggi tentang projek ekonomi kelab.

Bukan itu sahaja, Conte mahukan staf kejurulatihan beliau yang dianggap terlalu mahal kosnya oleh Spurs sebelum ini. Dan satu, lagi, Conte mahukan dana perpindahan pemain yang cukup untuk membeli pemain.

Oleh kerana permintaan tersebut, Levy telah beralih ke Nuno Espirito Santo yang dikatakan tidak begitu demand seperti Conte.

Dan Santo setuju untuk menguruskan pemain yang sedia ada di Spurs dan sanggup untuk menerima pengurangan kuasa pengurus dalam urusan jual beli pemain.

Spurs sudah lama mengawal kuasa pengurus dari segi urusan jual beli pemain. Jose Mourinho dan Mauricio Pochettino sebelum ini pernah menyindir Levy kerana sikap Levy yang kedekut dan hanya mahu membeli pemain yang dipilihnya.

Selain itu, Pochettino pernah mendedahkan bahawa, Levy adalah orang yang akan berunding dengan pemain soal kontrak. Membuatkan pengurus tidak tahu apa perkembangan kontrak tersebut.

Misalnya Harry Kane, sebelum ini dikatakan berunding terus dengan Levy. Dan Levy memberikan janji khas kepada Kane, akan menjual pemain itu jika dia mahu pergi selepas 3 tahun, jika Spurs tak menang sebarang piala.

Klausa seperti itu hanya Levy yang tahu dan pengurus tidak pasti apa yang berlaku.

Kane musim lalu sudah memberitahu perkara itu kepada umum. Malangnya Levy dikatakan U turn dan tidak mahu melepaskan Kane.

Antonio Conte bukan pengurus yang suka mengambil tugasan di tengah musim. Namun baru baru ini dia menyatakan dia berminat untuk mengendalikan United.

Conte sudah sedia kembali semula ke dunia pengurusan.

Spurs dikatakan akan menyediakan terus dana perpindahan Januari ini untuk Conte jika pengurus itu setuju menyertai mereka sekarang.

Conte masih lagi calon pilihan Man United jika Ole Gunnar Solskjaer dipecat. Di mana pengurus itu baru sahaja melepasi cabaran Spurs. 2 lagi perlawanan yang akan menentukan nasib Ole.

Selain Conte, nama Paulo Fonseca dan Gatusso juga berada dalam radar Spurs untuk menjadi pengurus mereka yang baharu.

Fonseca sebelum ini sangat hampir menyertai Spurs. Namun rundingan tiba tiba gagal tanpa ada sebab yang jelas. Ada juga menyatakan, Nuno Espirito ketika itu adalah calon paling rendah kos untuk Spurs bayar.

 

Baca yang lain