Statistik: 34 Pasukan Terkubur Sepanjang 27 Tahun Liga Profesional

Sejak tahun 1994, sebanyak 41 pasukan pernah bermain di Liga Super (dahulu juga dikenali sebagai Liga Perdana seterusnya Liga Perdana 1).

Dalam perjalanan 27 tahun liga profesional Malaysia, 11 pasukan telah hilang dengan pelbagai cara sama ada menarik diri, digantung atau dijadikan kelab penyuap.

Walau apa pun sebabnya ia akan menjadi satu kisah pasukan yang hilang dari peta Malaysia.

Jika kes ini dipanjangkan ke divisyen 2 ia akan menjadi 34 pasukan yang hilang. Tidak termasuk beberapa pasukan projek dan pasukan jemputan seperti Singapura, Brunei, Olimpik 2000 atau Harimau Muda

Itulah wajah Liga-M mengikut sejarahnya.

Pasukan tarik diri/bubar ketika di Liga Super/Liga Perdana 1

1. Perlis (1994-2019), 26 Musim

Perlis menjadi pasukan negeri pertama hilang dari peta bola sepak Malaysia selepas ‘dibuang’ oleh Malaysia Football League kerana masalah kewangan

Menjadi satu-satu pasukan bertaraf negeri yang hilang dari radar liga Malaysia.

Pasukan ini menjuarai Liga Super 2005, pencapaian tertinggi yang dicapai oleh Perlis. 2003 hingga
2006 merupakan tempoh terbaik pasukan yang digelar singa utara ini dalam kancah liga.

1 juara, 2 kali di tempat ke-3 dan pada tahun 2009 meraih naib juara. 2 tahun selepas itu Singa Utara
mula hilang cengkaman.

6 musim berada di Liga Perdana, 2 musim di Liga FAM dari 8 tahun terakhir sebelum ‘dibuang’ oleh
Malaysia Football League (MFL) pada tahun lalu kerana masalah pengurusan.

2. Johor FC (1998-2012), 16 Musim

4 tahun selepas Malaysia memasuki liga profesional, Johor FC telah muncul di divisyen ke-2. Pada
ketika itu divisyen ini mempunyai 8 pasukan dan ia merupakan musim pertama diperkenalkan dan
dinamakan Liga Perdana 2.

Pasukan ini sangat cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ke-2 selepas 2 musim berada disana.
Memasuki musim ke-4 pada tahun 2001, Johor FC meraih slot promosi dengan menjuarai Liga Perdana 2.

2 musim di Liga Perdana 1, Johor FC kembali ke Liga Perdana 2 kerana FAM mengstuktur semula liganya.

Mengurangkan Liga Perdana 1 dari 13 pasukan menjadi 8 dan dijenamakan dengan nama Liga Super. Pada
ketika itu Johor FC berada di tangga ke-7 dari 13 pasukan dan tersingkir.

Namun kelab ini kembali semula pada tahun 2007 ketika Malaysia Association of Malaysia (FAM) kembali membesarkan Liga Super dari 8
pasukan kepada 13.

Tahun 2008 hingga 2010 merupakan tempoh terbaik pasukan. Meraih tempat ke-3, ke-4 dan sekali lagi
tempat ke-4 pada musim berikutnya.

Pencapaian kelab ini jauh lebih baik dari pasukan Johor dalam kancah profesional. Johor hanya mampu
merekod tempat ke-6 pada tahun 1995. Ia merupakan rekod terbaiknya.

Tanggal 2013 nama Johor FC sudah tiada lagi.

Bola Sepak Johor direvolusi dan Johor FC dijenamakan dengan nama JDT. Setahun selepas
itu Johor dijadikan JDT II, bertindak sebagai kelab penyuap kepada JDT.

Dengan nama JDT, Johor FC meraih 6 kejuaraan berturut-turut.

Tidak kira sama ada Johor FC atau Johor, salah satunya sudah hilang dari persaingan domestik.

3. PKNS (2004-2019), 16 Musim

PKNS juga menjadi mangsa trend terbaru yang melanda bola sepak Malaysia apabila banyak pasukan
dimatikan untuk dijadikan kelab penyuap.

PKNS berada 16 musim di 2 liga tertinggi negara, Dato K.Rajagopal membawa kelab ini meraih catatan
tertinggi apabila mendapat tempat ke-3, setahun sebelum dijadikan kelab penyuap Selangor.

Pasukan ini juga merupakan juara Liga Perdana pada tahun 2011 dan 7 kali menjadi 4 pasukan terbaik di
divisyen itu dalam 9 tahun berada di sana.

4. T-Team (2009-2017), 9 Musim

Berada 9 musim di tahap tertinggi bola sepak negara, 7 musim darinya bermain di Liga Super.

Apabila kelab ini jatuh ke Liga Perdana, pada musim seterusnya mereka pantas naik semula. Walaupun
dipotong 3 mata pada musim terakhirnya 2017, kelab ini masih mampu kekal.

Tetapi terpaksa diturunkan kerana menjadi kelab penyuap kepada Terengganu. Musim pertama bermain
sebagai kelab penyuap, T-Team hampir terjerumus ke Liga FAM apabila menamatkan liga di tangga ke-11
dari 12 pasukan.

5. Selangor MPPJ (2002-2006), 5 Musim

Kejayaan MPPJ tidak mampu menjadi titik perubahan kepada landskap bola sepak negara seperti mana dilakukan oleh kelab liga wilayah di Thailand

Selepas Selangor Public Bank menjadi juara pada musim 2003, giliran satu lagi kelab dari Selangor
menjuarainya pada 2004 di kelas ke-2.

Kejayaan MPPJ lebih terarah dalam pertandingan Piala Malaysia apabila menjadi pasukan berstatus
kelab pertama yang menjuarainya.

Pencapaian Publik Bank lebih di Liga apabila pernah menjadi naib juara namun MPPJ lebih konsisten
apabila berada di tangga ke-5 dalam 2 musimnya.

Setahun selepas Selangor Publik Bank dibubarkan, 2006 giliran MPPJ pula walaupun secara kedudukannya
pasukan ini masih kekal di Liga Super.

6. UPB/MyTeam (2005-2009), 5 Musim

Kelab yang berpengkalan di Perak ini bermain selama 2 musim sebelum naik ke Liga Super pada tahun
2008.

Selepas 2 musim kelab ini menjadi antara 10 pasukan liga utama (Liga Perdana 1 dan Liga Super) yang
menarik diri ekoran dari masalah kewangan.

7. NS Chempaka (1998-2002), 5 Musim

Negeri Sembilan Chempaka merupakan salah satu kelab terawal yang berjaya bermain di liga teratas.

Mendapat promosi pada tahun 2002 selepas 4 musim berada di liga perdana 2. Kelab dari Negeri Sembilan
ini bersama Johor FC muncul pada tahun pertama Liga Perdana 2 ketika ditubuhkan pada tahun 1998.

Meraih tempat ke-4 kumpulan B dibelakang pasukan Terengganu, JOhor dan Kelantan. Pada tahun 2001 NS
Chempaka menamatkan Liga Perdana 1 di tempat ke-3 dibelakang Johor FC dan Sabah.

3 pasukan ini diangkat ke liga utama. Walaupun secara merit NS Chempaka tidak tersingkir kerana
berada di tangga ke-12 dari 14 pasukan, pasukan ini tidak lagi muncul pada musim berikutnya juga kerana
masalah kewangan.

8. Selangor Public Bank (2002-2005), 4 Musim

Mencipta nama ketika era Selangor MPPJ dan MK Land, kelab ini terlebih dahulu ke Liga Super pada
tahun 2004 selepas 2 musim.

Berjaya menjadi naib juara pada musim pertama Liga Super namun menarik diri selepas 2 musim.

9. KL PLUS (2007-2010), 4 Musim

Kelab ini meraih peluang ketika FAM membesarkan liga utamanya pada tahun 2007. Kuala Lumpur PLUS atau juga ditulis sebagai KL PLUS muncul di Liga Perdana pada tahun tersebut.

Pasukan ini tidak menunggu lama untuk berada di Liga Super apabila menjadi naib juara pada tahun
2008, tahun ke-2 di Liga Perdana.

Walaupun berjaya menjadi pasukan pertengahan bawah di liga teratas selama 2 musim berturut-turut,
pasukan ini akhirnya dibubarkan walaupun menduduki tempat ke-10 dari 14 pasukan tahun 2010.

10. Kuala Muda (2007-2009), 3 Musim

Seperti KL PLUS, pasukan ini juga muncul ketika liga dibesarkan, malah jejaknya juga hampir sama.

Jika KL PLUS menjadi naib juara Liga Perdana 2008, Kuala Muda adalah juara pada tahun tersebut.

Namun Kuala Muda hanya mampu bertahan selama setahun dan dibubarkan pada 2009, setahun sebelum KL
PLUS dibubarkan.

Pada ketika itu pengurusan Kuala Muda mahu menarik diri atas sebab yang kurang jelas, namun situasi
bola sepak di Malaysia ianya sudah pasti kerana masalah kewangan.

11. PKNP (2017-2019), 3 Musim

Pada awal 2000 banyak kelab terkubur kerana masalah kewangan, trend terkini pula melalui kes ‘feeder club’

Tahun pertamanya di Liga Perdana, kelab ini terus meraih tempat ke-3.

Tempat ke-3 tidak membolehkan pasukan ini naik ke divisyen atas namun penyingkiran T-Team dari liga
utama kerana menjadi kelab penyuap ke Terengganu memberi slot kepada PKNP.

Bagaimanapun selepas 2 musim disana, PKNP pula dijadikan kelab penyuap kepada Perak.

Pasukan tarik diri/bubar ketika di Liga Perdana/Liga Perdana 2

DRB Hicom sebelum itu dekenali sebagai (12) Pos Malaysia, (13) Felcra FC, (14) JKR Kelantan, (15) MP Muar, (16) MBJB, (17) Proton,
(18) Perak Jenderata, (19) MK Land, (20) SMD Kepala Batas, (21) Shahzan Muda, (22) USM merupakan 11 pasukan yang menarik diri ketika berada di divisyen 2.

Walaupun menamatkan liga tanpa menduduki zon penyingkiran.

(24) TNB Kelantan, (25) JKR Kedah, (26) SKMK Kelantan, (27) JPS Kelantan, (28) KL Malay Mail, (29) NS Betaria, (30) TKN Perak, (31) Pulau
Pinang NTFA dan (32) SPA Putrajaya pula merupakan 9 pasukan yang hilang selepas tersingkir dari divisyen 2.

Bagaimana pula dengan Selangor United yang kini dekenali sebagai Sawarak United ? Dan tidak keterlaluan juga untuk katakan Johor menjadi pasukan yang ke-(34) menjadi pasukan dikuburkan seperti T-Team, PKNP dan PKNS kerana ‘idea’ baru dari Malaysia Football League.

Rumusan

Apabila Liga Perdana diwujudkan selepas 4 tahun Liga-M memasuki era profesional, kelab-kelab mula ditawarkan menyertai bagi merancakkan saingan.

Bagi mengikut perkembangan dunia, Malaysia tidak boleh menghadkan pertandigan kepada pasukan negeri yang mempunyai jumlah yang terhad.

Sekitar tahun 2002 beberapa kelab muncul membuat kejutan dalam kancah saingan domestik. Selepas itu kita keliru dengan halatuju liga, mahu bina liga yang bagaimana.

Kelab tidak berada dalam padang persaingan sama rata dengan pasukan negeri walaupun mula menunjukkan potensi untuk berkembang. Banyak kelab yang wujud tetapi tidak mampu bertahan.

Angka 32 menunjukkan liga ini masih belum mempunyai formula yang betul bagi mengembangkan liga yang mempunyai 100 kelab atau 50 pasukan.

Menyalahkan pihak FAM/MFL bukan satu jalan penyelesaian, menyalahkan pasukan juga bukan penyelesaian. Kerana kita tahu kelab tidak akan mempunyai penyokong jika elemen negeri terus dikekalkan.

Kita mahu liga negeri atau liga yang besar mempunyai banyak kelab? Jawapan ada pada diri sendiri kerana kedua-duanya tidak boleh bercampur dan berjaya.

Buktinya. Lihat perjalanan Liga -M sepanjang 27 tahun yang lepas, apa perkembangan?

Baca yang lain