Statistik: Trio City Paling Berbisa, Trio Serangan Arsenal 2 Kali Ganda Kurang Gol Daripada Liverpool

Opta mengeluarkan laporan statistik catatan gol oleh trio serangan melibatkan top 5 pasukan EPL setakat ini.

Dan paling mengejutkan, trio Arsenal, Gabriel Martinelli, Gabriel Jesus dan Bukayo Saka adalah 2 kali ganda lebih rendah catatan gol berbanding trio Liverpool.

Paling tinggi catatan gol di kalangan trio EPL untuk top 5 adalah Manchester City.

Di mana Erling Haaland, Julian Alvarez dan Phil Foden setakat ini menjaringkan 25 gol di antara mereka. Meletakkan Man City di tangga ketiga namun City masih ada 1 perlawanan dalam tangan berbanding 4 pasukan lain di kelompok top 5.

Di tempat kedua adalah Liverpool. Gandingan Mohamed Salah, Diogo Jota dan Darwin Nunez dengan 24 gol di antara mereka. Dan kini Liverpool di tangga pertama selepas 2o perlawanan.

Seterusnya Spurs di tangga ketiga dalam carta mini ini. Dengan trio Son-Richarlison-Kulusevski mencatatkan 23 gol setakat ini untuk kelab mereka. Meletakkan Spurs di tangga kelima.

Aston Villa di tangga ketiga dengan 19 gol dihasilkan oleh trio Ollie Watkins, Leon Bailey dan Diaby. Mereka ketika ini mengejutkan ramai pihak dengan berada di tangga kedua selepas 20 perlawanan.

Pasukan Arsenal yang kini berada di tangga keempat dalam carta Liga Perdana Inggeris hanya menghasilkan 12 gol menerusi trio Martinelli – Jesus – Saka. Mereka berada di tangga kelima dalam carta trio serangan untuk 5 pasukan teratas selepas minggu perlawanan ke-20.

Jelas sekali Arsenal perlu memperbaiki aspek serangan mereka. Dengan ramai pundit berpendapat bahawa mereka memerlukan seorang mesin gol dalam pasukan mereka.

Arsenal dikaitkan dengan perpindahan Ivan Toney pada Januari. Namun pada masa ini, tiada sebarang langkah pro aktif diambil Arsenal.

Baca yang lain