Sterling Tiba Tiba Kutuk City & Guardiola: “Pengorbanan Saya Hanya Sia Sia, Main Bagus Pun Tak Guna”

Raheem Sterling telah mengejutkan ramai pihak apabila dia dengan terbuka menyatakan bahawa pengorbanan dia untuk Manchester City hanyalah sia sia.

Sterling menggambarkan bahawa City tidak berlaku adil kepadanya selepas apa yang dia korbankan untuk kelab tersebut.

Sterling kecewa dengan bagaimana kariernya di Manchester City berakhir. Sterling merasakan usahanya selama ini di sana tidak dihargai.

Selepas tujuh tahun bersama, Sterling meninggalkan City pada musim panas ini. Penyerang antarabangsa England itu dilepaskan ke Chelsea dengan nilai perpindahan GBP50 juta.

Sterling berkata kekurangan peluang bermain adalah salah satu faktor yang mendorongnya meninggalkan City. Musim lalu, dia hanya bermain 32 perlawanan untuk City dalam semua pertandingan.

“Semua orang mahu berasa dikehendaki, ia tidak berbeza dengan bola sepak,” kata Sterling kepada Sky Sports.

Sterling menambah: “Apabila anda bermain dengan sepenuh hati, mengorbankan beberapa hari lahir anak kamu, dan kemudian dilayan dengan cara tertentu, ia mengecewakan.”

“Pada masa itu saya marah, bengang, tetapi itu masa lalu, itu adalah masa lalu dan saya hanya boleh fokus pada masa kini, yang kini, di Chelsea, dan peluang yang saya ada di sini untuk menunjukkan bakat saya sekali lagi.”

Sterling mendedahkan faktor terbesar yang menyebabkan dia berpindah ke Chelsea. Sterling merasakan segala yang dilakukannya di City tidak membuahkan hasil.

“Salah faham, kontrak yang semakin hampir ke penghujungnya. Sungguh memalukan melihat kesudahannya kerana saya sangat seronok berada di sana,” katanya.

Raheem Sterling kemudian mengkritik polisi Pep Guardiola yang suka menggilirkan pemain dan menyisihkannya walaupun dia beraksi sangat cemerlang dalam beberapa perlawanan.

Sterling buntu kerana dia tidak tahu bagaimana dia harus memenagi hati pengurus itu lagi untuk membolehkannya berada di kesebelasan utama. Jadi, Sterling beranggapan, kalau dia bermain sebagus mana sekalipun, kadangkala tiada gunanya, kerana akhirnya dia tetap tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya.

“Banyak perkara berlaku, banyak sebab, tetapi saya tidak merungut [ketika di sana], saya bersedia untuk cabaran itu.”

“Dan seperti yang anda lihat, walaupun dengan beberapa persembahan hebat yang saya lakukan, anda masih gagal menjamin kedudukan anda dalam pasukan utama. Jadi adalah tidak masuk akal untuk bertarung dalam pertarungan yang anda tak akan pernah menangi,” kata Raheem Sterling.

Sterling bersyukur kerana dia akhirnya berpindah ke Chelsea. Dia menanggap apa yang berlaku kepadanya ada hikmahnya jua.

Kecaman Sterling itu membuatkan netizen berbelah bagi pandangan tentangnya. Menurut mereka, Sterling berhak meluah apa yang dia rasa.

Namun peminat City tetap mengingatkan Sterling bahawa, bukan dia seorang sahaja dilayan dengan polisi sebegitu oleh Guardiola. Misalnya dalam aksi final UCL beberapa tahun lalu berdepan Chelsea, Sterling tetap berada di kesebelasan utama walaupun ketika itu dia berada dalam prestasi yang tidak memuaskan berbanding pemain lain.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali