Suarez Dapat Kad Kuning Kerana Cuba Menjadi Pegawai VAR

Luis Suarez dilayangkan kad kuning selepas cuba melihat sendiri monitor VAR bersama dengan pengadil.

Tindakan Suarez yang cuba menjadi pegawai VAR itu adalah tidak menepati SOP VAR yang ditetapkan.

Di mana pemain atau jurulatih dilarang sama sekali campur tangan dalam tugasan pengadil ketika meninjau semula rakaman video.

Suarez melakukan perkara itu ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di antara Atletico Madrid di Lokomotiv Moscow.

Penyerang itu menyertai Atletico dari Barcelona pada musim panas, sudah empat gol dalam lima perlawanan La Liga pertamanya.

Tetapi, bukan untuk pertama kalinya dalam kariernya. Cuma kali ini Suarez mencetuskan kontroversi dengan memantau monitor VAR ketika pegawai pertandingan meninjau keputusan penalti yang dipersoalkan terhadap Madrid dalam pertembungan Kumpulan A di Rusia.

Bekas pemain Liverpool Suarez segera dilayangkan kad kuning oleh pengadil, yang juga memberikan sepakan penalti setelah pengadil mendapati bola terkena tanga Hector Herrera.

Bintang Lokomotiv, Anton Miranchuk menyempurnakan penalti tersebut, sekaligus menyamakan kedudukan. Atletico terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Jose Gimenez.

Keputusan seri menjadikan Atletico di tempat kedua dengan empat mata, dua mata di atas Lokomotiv.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan